Lepak di Genting Highlands - setelah sekian lama tak ke sana.

Sambung entry lepas balik dari Melaka ritu

Esoknya lepas balik dari Melaka tu, kitorang plan naik ke Genting pulak. Memang aku mintak cuti sebab Miki pon cuti, company dia memang bagi cuti on the 1st day of school every year, so kitorang takdak anak nak dihantar ke sekolah, jadinya jom la kita berjalan berdua. Aku search room kat http://www.rwgenting.com/home/ je  dua hari sebelum tu, dapat standard room for 1 night hanya RM78 sahaja ye, gila la murah. Tapi tu not included breakfast la, dan date kitorang pergi tu memang bukan peak season, if korang search randomly date yang off peak korang akan jumpa harga serendah RM40 something oke! Kalau choose peak season memang berganda (SANGAT berganda!) la harganya walaupun hanya standard room yang paling basic tu. Pandai betul dorang buat marketing. 

So hari tu lepas breakfast terus naik Genting. Sampai kat atas tu dia punya kabus tebal gila, memang tak nampak jalan. Dah la terlepas simpang nak masuk parking, lepas tu termasuk parking basement kot yang kecik sikit tu, then cari tak jumpa lak parking kosong, so terus keluar balik dan pusing balik cari parking yang lain. Dah la kabus tebal memang tak nampak signboard, bawak kete slow je la sebab nak baca signboard, last-last jumpa la parking masuk yang besar sikit dan banyak level. Parking kat Resort World Genting ni free je ye, tapi nasib la kalau dapat parking ke tak, tapi aku tengok ada je kot sebab banyak level. 

So sampai tu memang plan nak jenjalan dulu, tapi tercengang jugak la sebab dah lama tak pegi sana, lain sangat dah wehh! Memang lain, disebabkan banyak construction dah kat situ, lagi-lagi ada tambah skyway dan shopping mall baru, Sky Avenue. Kitorang pusing-pusing dalam tu sampai jumpa stesen skyway, so terus decide nak naik la gondola tanpa arah tuju, sampai bawah then terus patah balik tanpa kitorang turun pun, hahaha. Best sebab gondola baru, bau kedai lagi. Kahkahkah. Harga RM8/person for one way.
*Jalan-jalan kat Sky Avenue

*Tiket gondola.

*Gondola baru uolss, dan cantik sangat permandangan, walaupun berkabus hahaha.

*Boleh tau kan sapa yang paling excited. Hahaha.

Lepas tu, decide gi makan je. Cari makan kat area Hotel tu je. Nampak ada Lobby Cafe, area lobby tu. Harga makanan tak payah nak bising la, semua orang tau mahal harga kat Genting tu. Tapi kalau pandai guna voucher diskaun yang ada at least boleh la jimat sikit kan. Contoh, ada diskaun voucher kat hotel booking details email (pdf attachment), so baca la details booking sampai last and print, ada some discount voucher down there. Another one, boleh free register Genting Reward membership kat area casino tingkat berapa entah, boleh tanya orang kat situ kat mana nak register. So lepas register immediately dapat card member, so boleh guna mana-mana merchants dorang dan boleh kumpul point. Lagi satu kat Lobby Cafe tu dapat diskaun jugak untuk makanan. Jimat la sikit kan? 
*Aku makan nasik ayam je, Miki ambik nasik campur kuah kari. Sedap gak weh, maybe sebab makan di tempat sejuk, so memang lapaqqqq hahaha.

Lepas makan, jalan-jalan tengok indoor games je, sebab outdoor tu tak siap pun lagi, nanti dah siap harus datang k, tak sabarr nak tengok 20th Century Fox theme park, weuhuuu! Tak ada apa yang menarik pun indoor, kedai-kedai pun biasa je. Nasib baik ada Sky Avenue tu, so ada tempat la nak shopping ke kan, or cuci mata.

Dah sampai masa check in, memang mudah guna check in kiosk je. Ikut step, masukkan IC kita je then keluar lah segala room details and key card, senang je k, tak payah beratur. Lepas tu carilah korang kat mana room korang, punya banyak tower dan luas hotel ni, ya la kan dah ada title Guinness World Record for Largest Hotel in the World (by number of rooms). 
*Ikut je instructions. Senang.

*Terus keluar key card.

Bilik pon standard saja, kitorang ambik standard room, okelaaa. Bilik untuk tidur je pun, tak payah nak feeling honeymoon sangat la. Kahkahkah. 
*Ok jeee. Biasa dan selesa la jugak.

Petang tu dalam pukul 6 kitorang decide nak turun dan jenjalan lagi. Nak keluar pulak nak rasa betul-betul cuaca luar. Sampai area mana entah, memang ramai yang lepak situ, Ya Allah memang sejuk la! Siap mulut berasap, feeling oversea. Hahaha, padahal check suhu dalam 19c ke 20c je kot. Maybe sebab angin jugak kot so cuaca sejuk je. Yang si Miki gedik bukak jaket lepas tu dia tibai tergedik jerit mengada-ngada tu, rasa nak tumbuk oke! Bahahaha. Baru kat malaysia, kalau dia tu gi oversea tak tau la dia nak bawak perangai apa pulak! Hahahahaha.
*Sapa kata orang tembam tak boleh lompat? Hahhaha. 

*Suasana indoor games & shoplot situ. Kitorang jalan-jalan je, beli famous amos makan sambil jalan tengok orang. 

Malam tu kitorang makan kat Lobby Hotel tu lagi sebab sedap ok. Sebenarnya rasa sedap sebab lapar kot, ya la duk tempat sejuk kan, asyik rasa lapar ja. Ko sumbat apa pon habis je. Haha.
*Aku makan nasik lemak pulak, Miki makan nasik campur lagi, ko tengok dia punya nasik berapa bowl tu. Hahahaha.

Esoknya kitorang check out, nak check out senang je just drop key card kat kiosk serata laluan and lobby tu. Senang gila! I like!
*Masukkan je card. Senang! 


Bagi aku la, untuk masa sekarang ni tak yah pergi lagi pun tak apa sebab tak ada apa sangat pun kat situ, melainkan korang nak pergi berjudi la kan ahahhaha. Tapi kalau suka melepak kawasan sejuk boleh la naik, tapi kalau stay sana memang mati kutu la. Kitorang pon malam tu memang lepak bilik je tengok tv sebab tak tau dah nak buat apa kat bawah tu. TAPI, nanti dah siap theme park baru, memang HARUS pergi naik lagi ye! Kena plan cuti betul-betul oke!

Ok tu je percutian di Tahun Baru 2017. Dah bulan 6 baru nak publish. Hahaha. Tapi takdak orang baca pon, kita buat nota untuk sendiri-sendiri saja, nanti dah tua boleh baca. Bahaha.

No comments:

Post a Comment