Our Weekend : ke wayang hari puasa tak boleh makan popcorn. Review Pirates of the Caribbean Salazars Revenge

Yes, tiap minggu memang tengok wayang je. Ahad ritu sempat jugak tengok wayang lagi di bulan puasa. Memang bersabar je dengan bau-bauan popcorn uncle sebelah. Kahkahkah. Anyway, selamat berpuasa untuk semua! :)

Synopsis : Thrust into an all-new adventure, a down-on-his-luck Capt. Jack Sparrow feels the winds of ill-fortune blowing even more strongly when deadly ghost sailors led by his old nemesis, the evil Capt. Salazar, escape from the Devil's Triangle. Jack's only hope of survival lies in seeking out the legendary Trident of Poseidon, but to find it, he must forge an uneasy alliance with a brilliant and beautiful astronomer and a headstrong young man in the British navy.
My Words : Pirates of the Caribbean Salazars Revenge atau juga dikenali sebagai Pirates of the Caribbean: Dead Men Tell No Tales. Ada dua tajuk, kerlasssss! Hahaha. Honestly aku bukan pengikut filem ni dulu-dulu tu, tapi tengok filem kali ni agak best la, eh bukan agak best, tapi MEMANG BEST! Ada watak baru iaitu Henry anak Will Turner (si Orlando Bloom tu la uolss), yang cari cara nak patahkan sumpahan ke atas bapaknya. So dia kena cari Jack Sparrow bengong tu.

Tapi satu hari time nak musnahkan kapal lanun, kapal dia buat silap pegi masuk gua berpuaka, then muncullah tentera laut Sepanyol yang berkaptenkan Salazar ni. Dia nak balas dendam kat Sparrow tu, tapi dia tak boleh keluar gua tu. So dia lepaskan Henry tu untuk bagi mesej kat Sparrow. Pada masa sama ada sorang minah ni nama Carina Smyth yang punya misi yang sama cari Trident of Poseidon tu, dan dia sangat genius baca peta. So dorang pegi la cari harta karun tu bersama-sama Sparrow tu.

Tapi kebengongan Jack Sparrow ni telah menyebabkan Salazar and Crew terlepas dari gua tu dan kejar si Jack ni. Haha. Lawak ok, macam-macam benda jadi kat dorang. Jalan cerita memang best la dan senang faham. Banyak cerita balik sejarah Jack tu dan Salazar, so boleh tengok muka Jack time muda. Bahhahaha. Owh, jangan lupa tunggu post credit scene, which is aku tak tunggu pun sebab lama sangat. Ingat ke tak ada rupanya ada. So, maybe another series? Rasanya mesti adaaa!

My Rate : 7.5/10 (Syiokk! harus tonton!)

*Sparrow muda remaja. 
*Hantu Salazar. Hahahha


Ok tu je, bai! Hahaha. baru perasan tak ambik gambar apa-apa pon, Lepas wayang terus balik je. 

No comments:

Post a Comment