Our Weekend : Movie Beauty & The Beast dan ber-SamYang!

Setelah berminggu drama penayangan Beauty & The Beast berlangsung, akhirnya dapat jugak orang Malaysia tengok cerita ni kan. Malas nak ulas benda issue g*# tu nanti kita kena kecam lak, nanti ada yang kata kita ni 'bagus sangat ke nak komen?' ataupun 'ko dah kenapa nak sokong golongan tu?'. Apa-apa pun aku tak kisah, lantak korang la nak jadi hantu atau buaya. Hahahaha.

So, last weekend Sabtu (1 April 2017) sempat jugak tengok filem tu. Walaupun dapat seat kat row D, depan jugak weh! Ni semua pasal 3 orang beratur kat depan kitorang tu proses nak  beli tiket punya la lama. So kalau dah lama tu mesti kat kaunter lain dah choose seat yang best kat belakang dah, tinggallah kitorang terpaksa duduk kat seat depan. Hahaha tensenn! Padahal kitorang kat lane Maybank priority tu, still lambat. I dont know la, kenapa orang kalau kat kaunter tiket lama benar, ko tak plan ke siap-siap nak tengok cerita apa, pukul berapa. Cubala plan dulu, ko tengok time movie ko nak tengok tu pukul berapa, let say if dah full time yang ko nak tu, ko siap-siap la plan backup nak tukar tengok next session or tengok movie lain ke. Kitorang pernah skali tengok dan dengar ada budak perempuan dua orang kat tiket kaunter siap tanya budak kaunter tu cerita yang dorang nak tengok tu pasal apa, siap budak kaunter tu bagi sinopsis ok! KAU DAH KENAPA???????? Kesian orang belakang kena tunggu lama. Bodoh tak bertempat tu, kau tengok youtube je la trailer cerita tu tak pon ko google je synopsis. Kalau memang rumah kat hutan tak ada line boleh dimaafkan la, ni tak, aku tengok melawa je pakaiannya. Sedih!

Yang haritu pulak, ada nyonya tu lama sebab apa entah, ada problem ke atau bodoh tak tau nak register member kad ke apa, budak kaunter siap tengok kat phone dia lagi. Ni jenis spesis geng pemalas nak membaca la ni, kau kalau tak tau kau search je kat website semua benda ada kot, full of information!

Entahlah, memang ramai kita jumpa golongan macam tu, yang jenis tak pernah rasa bersalah macam tu la. Kalau kitorang memang pantas je, kalau dah kat kaunter kitorang terus cakap "beauty & the beast, pukul 5 suku, dua orang". Zapppsss pantas! Tak sempat budak tu nak tnya. Bahhahaha. Then, dia tunjuk screen seat, choose je la nak duk tepi ke tengah ke. Bagi kad, swap saja. Setelllll!


Anyway, lets tengok sysnopsis filem Beauty & the Beast.

Synopsis : Belle (Emma Watson), a bright, beautiful and independent young woman, is taken prisoner by a beast (Dan Stevens) in its castle. Despite her fears, she befriends the castle's enchanted staff and learns to look beyond the beast's hideous exterior, allowing her to recognize the kind heart and soul of the true prince that hides on the inside.

My words : Siapa je yang tak suka cerita fantasy disney princess kan, walaupun kita dah tau pun jalan ceritanya. Tapi yang nak tengok sangat sebab Emma Watson agaknya. Hahaha. Bagi aku ok la cerita dia, sama dengan yang version animation. Tapi aku ni kurang sikit la cerita musical ni, kalau satu dua lagu ok lagi, ni macam banyak je lagunya. Lagi-lagi time nyanyi tu tak letak lirik aku tak dapat tangkap jelas apa dorang nyanyi. Hahahaha. Tapi cgi semua ok dan lawa la. OK laaaaa. Pasal isu g*# tu, tak dak apa-apa pun. Kalau orang tak paham tak perasan pun. Kahkahkah.

My rate : 7/10. Hokkeyyy saja.


*Jadi pengguna bijak guna kupon kat bekas popcorn tu, dapat la jimat sikit kan. 

Miki : Mok, ambik gambo bik ni pegang hotdog tgv mahai.
Ems : Ya la, memang muka ko je kat blog ni. Hahahaha.


Lepas tu sebelum balik kitorang carik samyang. Hahaha, teringin nak rasa lepas tengok ada juai kat Speedmart, and kat Speedmart lagi murah yang jenis dalam mangkuk ni, yang kitorang beli ni kat Aeon mahal sikit. Balik rumah terus makan dan baruku tahu la kepedasan dia, pedas jugak tapi ok la untuk kitorang yang tahan pedas ni. Pedas dia terasa lepas makan, memang meniup bibiaq ja la. Si Miki paling kecoh sekali, hahahahha.
*SamYang kari tu memang terasa kari pekat (memanglah kannnnn, hahahha), nanti nak try yang lain pulak. 

No comments:

Post a Comment