Our Weekend : Jalan-jalan Pavillion dan sekitarnya. Esoknya tengok Ghost In The Shell.

Yess, sebelum kemana-mana, pagi tu kitorang breakfast ala-ala pantai timur gitu. Sodap k. Lama tak makan nasik kerabu. Hewhew.
*Dia makan nasik dagang.

Kitorang dah lama tak ke Pavillion. Saja rasa nak lepak situ, dan nak shopping cari barang, end up tak beli sangat pon sebab tak ada yang best, macam tu la kan, kalau tengah ada duit kita nak shopping mesti tak ada yang berkenan, tapi kalau tengah tak ada duit sangat tu, kalau jalan-jalan je mesti ada berkenan. Hahaha. Bertabahlah.
So Sabtu tu pergi Pavillion dan park kat situ, selalu kitorang park kat Fahrenheit je tapi hari tu saja mengada park kat Pavillion. Mendapat la kan. Hahaha, tapi ok je. Bagi aku kalau kau dah nak keluar tak payah nak kecoh sangat mahal ke apa, kalau rasa mahal tak payah keluar, tak pun gi je naik public, banyak je choice kan. Ni ada jenis nak melalak je kejenya. Anyway, kalau dah ke area situ kompom akan ke Fahrenheit - masuk Uniqlo dan ke Lot 10 - masuk H&M. Bajet dapat la apa-apa kat H&M tapi tak ada jugak. Jumpa baju best je la kat Uniqlo. Dah la hari tu pakai baju H&M jugak, so agak malu sikit la takut orang perasan ada baju sama dalam tu. Hahaha.

So lepas tu terus ke Pavillion balik makan kat food court je, tak tau nak makan apa. Kalau dah tak tau nak makan ape tu, kompom la aku akan cari nasik ayam. Haha senangggg. Dan beli Longan Ice kat situ, sedapppp dan simple. I loike!

Keluar mall dah malam pun, terus ajak Miki gi Dorai makan sup dan nasik lemak. Sini pon dah lama tak pergi. Heaven betul, nasik lemak sedap, masih rasa seperti dahulu.
*Semangat Miki makan, 4 bungkus dia bedal hahaha. Tu sup daging, sodappp
.
.
.
Esoknya Ahad, dah plan nak tengok movie Ghost In The Shell. So ke TGV KLCC la kita. Sebelum movie macam biasa cuci mata dan konon nak sambung shopping jugak, tapi sama je mesti tak ada yang berkenan. Hahaha. Ingat nak cari jeans kat M&S tapi nan hado yang aku nak, mana pergi ntah, yang ada semua yang aku dah ada. Aku suka jeans situ sebab selesa dan betul-betul fit ngan aku, tak payah nak otter kaki sebab ada choice untuk kepanjangan jeans tu, paham tak??? Kain pon ok, tahan lama. Jeans aku pakai sekarang masih ok ye, berkualiti sangattt. Hehe.

Ok lah, jom tengok review Ghost In The Shell,

Synopsis : In the near future, Major is the first of her kind: a human who is cyber-enhanced to be a perfect soldier devoted to stopping the world's most dangerous criminals. When terrorism reaches a new level that includes the ability to hack into people's minds and control them, Major is uniquely qualified to stop it. As she prepares to face a new enemy, Major discovers that her life was stolen instead of saved. Now, she will stop at nothing to recover her past while punishing those who did this to her.

My words : Sebenarnya aku tak tau pon citer ni dari anime. Hahahaha. Aku ni layan anime comel-comel je, yang lasak-lasak macam cerita ni tak tau sangat. Hahahah. Cerita ni sebenarnya best ok, cerita pasal masa hadapan yang maju gilaaa. Aku ada terbaca yang katanya dapat kritikan jugak sebab pilih pelakon minah salleh, haha  tapi ape-ape je la kan, yang penting Scarlett Johansson tuuuu. So cerita ni pasal masa hadapan yang maju gilosss sampaikan orang masa tu boleh dapat sebarang anggota badan yang boleh modified secara sibernatik. So ada satu company ni nama Hanka yang buat eksperimen pindahkan otak manusia ke dalam badan sibernatik - makanya fizikal adalah kuat tapi masih ada otak manusia gituueww. So si Major cantik dan terel ni pon terhasil la dari eksperimen tu.

Pastu nak jadikan cerita ada la sorang hacker ni yang buat onar dan bunuh dorang punya saintis, so Major ni ngan team dia pi cari la last-last rupanya hacker tu adalah .............. nak tau gi tengok sendiri. Malas nak taip hahaha.

Anywayyyy, jalan cerita ni sangat simple ye, untuk aku yang tak follow anime ni memang senang je nak predict. Tapi best laa cerita ni tak berat sangat. CGI semua tiptop. Aku suka tengok scene city pada masa hadapan yang dorang buat kat dalam cerita ni, nampak real tapi serabut la jugak, pastu terfikir macam tu ke nanti kita punya future? Hurmmm.

My rate : 7/10. Bestt!!!. 
Tapi TGV KLCC sila baiki hall anda, rasa tak selesa sebab seat tak best dan dah koyak rabak. Tahun bila TGV situ bukak weh? Tak pernah buat renovation ke???? Demnnn!
.
.
.
.
.

Dan weekend tu dapat gambar whatsapp my anak buah masuk sukaneka. Hahaha. Comel je, yang si kecik ngan abahnya masuk acara pakaikan baju baby paling pantas, dapat no dua. Kahkah, tak sangka aku ada game macam gitu. Dannnn rindunya rasaaaa kat dorang bertiga tu, tak sabaq nak balik Tepeng!


No comments:

Post a Comment