Kita ke Melaka lagi on New Year - review on Imperial Heritage Hotel. First time rasa Coconut Shake & Keria Gula Melaka Batu Berendam.

Tadi bukak folder gambar kat hard disk baru perasan ada entry pergi Melaka time new year ritu tak update kat sini, and lepas tu pergi Genting jugak. Sebenarnya banyak lagi entry nak update, tapi satu-satu la kot sebab busy kadang tak sempat nak mengarang entry. Hewhew.
Anyhoo, kitorang pergi Melaka ni selepas 3 minggu kitorang berjalan kat Melaka time week kenduri Aishah kat Johor bulan 12 dulu tu (entry kat sini). Memang duration yang singkat la untuk pergi ke tempat yang sama sampaikan memang ada rasa bosan tu jugak. Hahaha. Sebenarnya pergi Melaka sebab nak ambik barang Adik yang dah habis study kat UTEM, so siapa lagi nak angkut kan kalau bukan kakak kesayangan dia ni la yang harus pergi. 
Untuk mengelakkan bosan lepak Melaka, kitorang plan la book hotel yang ok dan dekat dengan mall. So we chose Imperial Heritage Melaka, betul-betul berhadapan dengan Dataran Pahlawan mall tu. Time tu book guna expedia sebab antara website yang murah on the date, dapat harga RM228.96 (without breakfast, sebab memang plan nak bangun lambat, no rush!)

my review for the hotel :

  • Hotel nice and clean. Strategic location sebab betul-betul seberang jalan ke mall dan some other attraction, walking distance.
  • Parking kereta pun ada je, tapi if tengah ramai orang maybe a little bit crowded la.
  • Check in dia tulis pukul 3pm, then sampai lobby tengok orang punya la ramai tengah queue, dah ramai tu confirmla lambatttt kannn, almost 1 hour queueing because of the public holiday I think. Not sure if weekday also same like that. Please improve your service!
  • Sampai je turn nak check in dia kata room tak ready lagi. Aiyoooo! Dia kata dalam pukul 5 akan ready. WHAT??? So kitorang kata kalau macam ni please let us check out tomorrow a little bit late, which is kitorang still check out awal pon, saja je provoke. Kahkah. (Patutnya mintak breakfast free je kan? Hurmm). And kitorang mintak room view yang best, and dapat view mall tu la. Ok latteww.
  • Room condition is A, but a little bit small I think. But Im ok je as long as room and toilet is clean, and the aircond is functioning well.
*Ko tengok tu dia punya kuat selpie. Gilaa hahahaha.

*Hensemnya laki sapani? Hekhek

*Agak kecik la tapi ok sangat. Furniture baru!

*Dari dalam toilet boleh intai orang luar. Hahaha. Duk tengok cerita pe tu mokkk?

*The view from our room, berhadapan dengan Dataran Pahlawan mall. Kat sana tu Hatten Hotel, ingat nak duk situ TAPI.....


Actually, sebelum check in hotel tu kitorang dah meronda dah area situ, so sampai je terus cari makan tempat biasa - Restoran Asam Pedas Selera Kampung. Si Miki kata if datang Melaka lagi nak makan asam pedas situ jeee, ok fine. Dia ni jenis tak tau nak try tempat lain pulak. Hahaha.
*Kali ni kita ambik udang goreng pulak, memang sedap dan besaq uolsss! Harga pon haruslah besaq jugak. Kahkahkah.

Yes, lepas makan ayuhlah kita berjalan membuang kalori ya, jalan-jalan area A Famosa tu, yang trip sebelum tu tak jalan-jalan situ pun and tangkap gambar.
*Hover betul. Laki sapani?

*Dah kenapa??? Hahaha.

*Boleh pulak terjumpa kawan dia. 

So malam tu kita makan kat restoran dalam mall saja, lepas makan kita tapau lagi KFC bawak balik bilik. Hahaha dasar kuat makan kannn. Sambut new year malam tu dalam bilik sajalah, sambil tiduq. Hahahhahaha nampak sangat dah tua tak sanggup tunggu bunga api, dengar bunga api sayup-sayup je sambil mata terpejam bahahhahahaha.


Esoknya... 1 January 2017,

Lepas checkout kau rasa kitorang akan makan kat mana? YAAAA, makan kat kedai Asam Pedas Selera Kampung lagi oke! Kan dah kata Miki dah ketagih makan situ. Hahahahhaha.
*The kedai, and the lauksss on the day. Udang lagiiiii

*Semangat betul. Laki sapenii?? Hahahaha

Lepas tu terus ke rumah sewa adik, tapi sebelum tu memang dah google nak minum coconut shake dan makan keria gula melaka Batu Berendam, nasib baik on the way yang sama je ke rumah sewa adik. Nampaknya pasangan ini tak kenyang lagi ye walaupun lepas makan nasik, haha.

Sampai je area situ memang ramai orang dah beratur rupanya, time tu dalam pukul 2. Gigih jugak la beratur dalam panas terik tu, Miki beratur beli coconut shake, aku lak beratur beli keria. Beratur dalam setengah jam jugak la untuk keria tu, coconut shake tu kejap je sebab dorang buat laju. Keria tu nak kena tunggu masak jugak. So beli la untuk kitorang 10 ketul dan untuk adik dan kawan-kawan dia 15 ketul. 
*Beratur 

*Sambil beratur minum coconut shake, lega weh! Ada jugak jual donut besaq tapi orang tetap beli keria ja. 

*Sedapnyaaa! Nakkkkkkkkkkk

10 ketul RM6. Ok la kan dengan kebsarannya. Agak gemuk jugak keria ni. Aku ingat ke Miki ni tak minat sangat, rupanya dia yang makan banyakkk! Kitorang buat bekal on the way balik ke KL la kononnya, tapi sampai Freeport A Famosa Outlet dah habis ok, Hahaha. Kalau tau beli 30 ketul! 

Anyway, kitorang sebelum balik KL singgah outlet tu, tak ada apa yang best sangat pun. Aku tak beli apa pon, macam kurang berminat nak beli kat Outlet. Hurmm.
*Tapi tempat cantikkk!



Ok, tu je la cerita ke Melaka kitorang. Kahkahkah. Bosan kan?

1 comment: