Our Weekend : Movie review Power Rangers & Life. Beserta makan di Kudu Bin Abdul dan jalan-jalan. Wah, panjangnya tajuk!

Hai, kita kembali lagi dalam nota weekend bersama pasangan pakar-melawat-mall, ems & miki. Bahaha. Macam biasa weekend kitorang akan habiskan masa di mall serata KL (taklah serata sangat sebab balik-balik mall yang sama ja). 

So, Sabtu (25 March), kitorang plan nak tengok Power Rangers yang sekian lama dah ditunggu-tunggu. Tapi kali ni kita bawak Miss Jz si kawan baik untuk bersama tengok citer ni sebab lama dah tak jumpa, plus beliau ada kat KL. Weuhuu! So sampai terus gi kaunter beli tiket RM10. 

*Sempat tukar kad baru. Kena tambah rm5 sahaja. Ok la sebab lawa la sikit, lagipun ada date cerita Power Rangers 23 Mac sempena my mom's birthday! Hehe

*Krikk Krikkk

*My husband plus bestfriend for life! 

Sementara tunggu Miss Jz, sempat jalan-jalan window shopping sahaja. Bolehla bakar kalori ye dakk?
*Mamat ni kata nak tengok jacket sebab jacket lama dah ketat. Nampak sangat semakin happy hidup dengan isteri tercinta. Kahkahh!

*Yeay! Ini dia Miss Jz my bff! 


SYNOPSIS : After finding out that their small town of Angel Grove, as well as the world, is about to be destroyed by an alien force, five ordinary high school kids must overcome their real-life issues as they are the only ones who can save the planet. They will have to defeat Rita Repulsa by banding together as the Power Rangers.

My words : Sebenarnya aku dah tak ingat sangat nama watak-watak dorang tu, lama dah kan, cerita zaman kecik dulu kot. Lagi pun cerita dia dulu sama je melawan orang jahat tu tiap-tiap episod. Hahaha. Tapi yang version baru keluar kat wayang ni memang excited la nak tengok, sebab nak tau apa yang dorang dah tambah dalam movie ni dan effect apa yang dorang buat, takkan effect sama macam dulu kot yang boleh menarik minat dan memperbodohkan budak-budak 90an time tu. Hahaha. Jalan cerita biasa je, sangat tipikal bagi cerita adiwira. Gituuu! Tak yah harap benda yang sangat best la, sebab cerita dia ni macam untuk pengenalan je macam mana dorang jadi power rangers tu. So maybe if akan ada sequel, maybe aku akan tengok untuk feel the different effect for the next sequel. Of course jalan cerita masih tetap sama iaitu melawan musuh si Rita tu, tapi kalau dorang terel tambah thrill dan permainan emosi yang lebih baik, kompom meletop pompommm! 

Owh, lagi satu time tengok ni kat TGV KLCC, belakang kitorang ada satu family yang bawak anak-anak kecik okee, lepas tu bising dan tendang-tendang kerusi kitorang. KAU RASA NAK BUAT APA? AKU RASA NAK LEMPANG JEEEE! 

My rate : 6.5/10. Hurm bolehlah.


*Yass, lepas movie lepak Wendys makan ayam dan burger! First time aku makan sini hahaha, kampung sangatttt.

*Krik krikkkkkk. Sempat men-try bajuuu.



NEXT,

Ahad (26 March), kitorang berduaan pulak plan gi tengok cerita LIFE. Honestly aku tak tau ni cerita apa sebenarnya, tapi memang agak-agak jugak la pasal alam angkasa lepas dan alien. Layankan je la. Tapi sebelum itu, moh le kite makan dulu. Ada mamat tu teringin makan di Kudu Bin Abdul. 

*Seronok dia beratur. Aku suh dia ambikkan je lauk untuk aku, aku punya senang je letak kuah campur, ikan goreng dan bendi. Setel.

*Nampak tak kegembiraan itu? Hahaha.
Miki : Makan macam ni la murah, selalu mengada ambik lamb shank. 

*Lepas makan terus ke Sunway Putra Mall untuk ke TGV. Beli tiket RM10 lagi. Hahaha. Dan seterusnya popcorn untuk kudapan. Sukanya aku dengan box baru dorang, senang nak pegang dan gambar Pink Rangers disitu. 

*Posing dulu kat Hall 3. Dia tu kalau buat perangai memang terel!


SYNOPSIS : Astronauts (Jake Gyllenhaal, Rebecca Ferguson, Ryan Reynolds) aboard the International Space Station are on the cutting edge of one of the most important discoveries in human history: the first evidence of extraterrestrial life on Mars. As members of the crew conduct their research, the rapidly evolving life-form proves far more intelligent and terrifying than anyone could have imagined.

My Words : Yesss, betul aku cakap cerita pasal alien macam sotong sebab ada tangan banyak dan lembek-lembek gitu. Hahahaha. Cerita dorang kena dapatkan satu satelit yang ada sample tanah kat Mars. Kat sample tu ada satu sel yang dikatakan hidup dan hibernate kat Mars. Dorang try hidupkan sel sebab untuk kajian la kan, tapi tak jadi weh, benda tu jadi terel dan pembunuh dan jadi semakin besaq. Gilalah! Memang berdebar-debar ok tengok cerita ni. Rasa geram je sebab kebal sangat alien tu, tapi bila pikirkan balik sebenarnya dorang tak ada enough tools untuk bunuh pun, sebab macam-macam yang jadi sepanjang kejadian tu. Ending cerita ni - kalau siapa yang boleh agak ending dia macam mana, memang terel la macam aku. Hahahahaha. Aku terel okeee! Bahahaha.

My rate : 8/10. Best dan berdebar! 


Lepas movie, kitorang jalan-jalan ke Jalan TAR sebab nak membuang masa kerana Miki kata "malam ni tak ada game bola, so boleh balik lambat". Iyalahhhhh. Sepanjang jalan area situ asyik la kata macam nak raya pulak rasanya. Hahaha. 

Akhir sekali terimalah pose sebelah lori mangga daripada Miki. Hahahha.



Byee!

No comments:

Post a Comment