Jalan-jalan ke Selatan (Part 2) - Johor: Aishah's wed & JB

Lepas singgah dan lepak di Melaka, esoknya gerak ke Batu Pahat kenduri bestfriend Aishah. Kawan baik masa kat UTHM. Memang sangat baik la minah ni, Alhamdulillah bertemu jodoh jua akhirnya. Hihihi. Nasib baik tak sesat, kitorang ikut map kat kad kawen Aishah dan jugak guna google Map, waze pekejadah semua tu aku tak reti guna bahahahaha. Kuno tak? 

Sampai je terus gi jumpa Aishah kat bilik pengantin, tengok dia tengah mekap, so terus ajak Niza gi makan. Memang tengah lapaq pong, gambaq makanan pon tak ambik. Sedap gak, ayam goreng panas paling sedapppp wehhhh! Hahaha.

Lepak dalam rumah Aishah sementara tunggu pengantin laki sampai. Pastu Ecah sampai dan tolong jaga anak dia. Pinjam sat anak orang nak tangkap gambaq. Pinjam anak Ely juga. Kahkah. 
*Anak Ecah - Awfiya, anak Ely - Raisha

*Conteng buku and photobooth. 

*Group selpiak - tanpa pengantin hahahha.

*Congrats Aishah dan Asraf. Cantikk sangattttt.


Next!

Teruskan perjalanan ke JB. Lama dah tak kesana, walaupun baru berapa kali je pegi sana masa study kat UTHM tu. Kali ni pegi dengan suami pulak. Auwww! 
Hampir sesat dan bergaduh sesama sendiri masa on the way tu, biasa la kitorang kalo dalam kereta tak gaduh tak sah. Hahahaha. Tapi gadoh manja je, lepas tu dah sampai boleh gelak-gelak dan pelok-pelok dah. Kahkahkah.

Kitorang stay kat Tune Hotel Danga Bay, JB. Aku beli lama dah masa ada promo Crazy 8 Sales kat Tune Hotels website. Time promo tu dorang on sales jam 8 malam selama 80 minit rasanya, tak ingat dah. Gigih aku tunggu dan book online time tu, yang aku ingat harga bilik ada yang RM18, RM28, RM58 macam tu. So date aku pilih tu aku dapat RM28/night. Murah weh, so dua malam baru RM58. All includess yeeee, ok la kan, untuk tidoq saja pon. Jimatttt.
*Dapat bilik murah dan selesaaa.

Malam tu google nak makan dekat-dekat situ je. Alahai lemah betul la kalau tempat tak biasa kan, kitorang google je mana-mana pon tak kesah. So lastly, decide gi makan kat Medan Selera Tepian Tebrau. Tempat macam foodcourt tu, banyak gerai. So pilih je nak kedai mana, kebanyakannya ada juai ikan bakar. Kitorang duduk je kat meja kedai yang tak ramai orang sangat, so order ikan bakar. Boleh la, sedap jugak sebab perut lapaq hahaha.

Lepas makan singgah Danga Bay, rasa macam lain je last time gi situ dulu. Dorang ngah renovate kot, Tapi situ ada macam funfair tu, ok la jugak walaupun tak menarik minat aku, kalau budak-budak seronok la kot kan. 

Lepas lepak kita balikkk tidoq. Esoknya ada aktiviti best. NEXT post pulak! Byeee.

No comments:

Post a Comment