Jalan-jalan ke Selatan (Part 1) - Melaka dulu




Bercuti di Melaka.

Tak ada la bercuti sangat pon, just macam tempat menyinggah sebelum ke Batu Pahat kenduri Aishah the bestfriend. Akhirnya kawen juga dia, tumpang happyyy. Hehe.

So, kendurinya 10hb dec - Sabtu. Jumaat tu kitorang decide lepak Melaka saja la. Pagi lepas breakfast terus gerak ke Melaka. Konon nak jenjalan la, padahal tak da plan pon nak kemana. Lagipun nak jalan mana sangat pon area Bandar Hilir tu, pusing-pusing tempat sama ja. Hahaha.

Sebelum sampai Melaka, google dulu restoren asam pedas famous, sebelum ni penah makan yang kat restoren kuih kampung tu kat ujung pasir ke pe ntah nama, kali ni nak try yang lain lak. Yang si Miki ni siot sikit la, nak pegi tempat yang sama je, aku kata la kite try yang lain pulak, terus buat muka tak puas hati hahaha. Aku paksa jugak. Sampai area situ terus ke Restoren Selera Kampung, area dekat dengan Menara Taming Sari, seberang jalan tu je yang deret kedai tu. Memang ramai orang, femes la tu kan. Nasib baik berdua je so kite selit-selit je tumpang meja orang. Haha.

Style kat sini, kita carik meja dulu then bolehlah ambik lauk dan nasik. Lauk-lauk dorang dah cedok letak dalam pinggan, so kita ambik je la nak lauk mana bawak ke meja. Nanti lepas tu ada pekerja datang kira. Ok la macam tu kan, tempat pon macam bersih je.
So, hari tu lauk yang Miki ambik - asam pedas sorang satu, kupang goreng ape ntah dan ulam aku ambik. Nasik semestinya tiga (ke empat?? Hahahha memang dasar dinosorrr). Aku tak paham apasal dia gi ambik kupang tu, aku jeling meja sebelah orang ambik udang besor, kecik besor je mata aku tengok Miki, ingat nak ambik tapi takut mahal la pulak lagipun macam dah banyak je lauk ni, pikir balik nanti lain kali kita try udang besor. Haha.
Bagi aku memang sedap la, kuahnya rasa asam pedass (memang la kannn? hahaha.) Boleh laaa.. Laki aku dah suka pulakk, dia kata dah ketagih. Gila! Tu la tadi taknak kannn. Sekali dia makan asam pedas sampai hirup kuah. Hover sangat ni, laki sapa ntah. Hahahaha. Untuk lauk yang di makan tadi kena dalam RM38 kot. 


Lepas makan kitorang jalan-jalan je la sebelum kita check in. Tak beli ape pon, jalan snap gambar je pon. Paling banyak gambar Miki la sebab aku yang suka snap gambar, dia pemalas oke. Memang dalam fon aku penuh gambar dia, kalo dia nak upload kat IG je mesti gedik-gedik mintak aku share bagi gambar dia. Pfffft.
* Suka betul dengan bangunan-bangunan merah ni. 

*OMG laki sapaniiii Hoverr nauuu.




Oke, check in time!! Aku search hotel murah dan area Jonker sebab nak jalan situ malam tu. So book je kat Expedia murah, RM86.40 - 906 Riverside Hotel. Nanti dia mintak deposit RM50 (akan refund after checkout) dan RM2 untuk tax by the city. Tak ambik pulak gambar bilik sebab bilik biasa je, tapi ok la dan toilet bersih.
*hotel tepi sungai, nama pon riverside.

Then malam mula la gerak ke Jonker street melalui lorong-lorong kedai tu. Agak seram jugak sebenarnya. Tengah jalan tu jumpa kedai hipster, terus la kita masuk sebab lapaq. Hahahaha. 
*Cafe nama Noah. Miki makan nasik arab chicken grill ke pe nama ntah, aku makan Chicken grill. Sodapppp.

Lepas tu masuk je pasar malam Jonker tu jalan-jalan je la tengok ape yang dijual. Tak menarik minat sangat la, pastu Miki macam biasa la kalau nampak makanan ca-ya-nun-alif pelik-pelik mula la dia pon hampir nak muntah. Hhahahhahha.

Aku : Apeni jalan tolak-tolak orang suh jalan laju ni? Nak termuntah la tu, ntah pape je dia ni.
Miki : Mana deeee (muka nak muntah)
Aku : Hahahahaha tak mencabar langsung dia ni, macam bebudak Hahhahaha.

Jalan sampai hujung jonker, masuk ke jalan utama tu, budak nak muntah tadi ajak naik beca pulakkk dah. Pastu pilih la abang yang muda sikit untuk bawak kitorang yang gedabak ni, kang pakcik yang bawak kang aku tengok kesian pulak. Dah la time nak duduk tu memang sempit gila oke, kahkahkah. Dah dua-dua pon besaq kan, main sumbat je la. Sampai kawan abang beca tu tengok siap offer nak seperate kan kitorang, tapi memang taknak la, kitorang nak berdua-duaan naik beca walaupunnn padattt sangatttt Hahhahahaha. Abang yang bawak kitorang tu nampak bersusah payah kayuh oke. Miki kata nampak la peluh jantan abang tu mengayuh bawak kita ni. Hahahahah Rasakan. Berbaloi la bang bayar RM25, pusing dekat je pon.
Yes, tu je la. Lepas tu balik hotel kena masuk balik area Jonker tu jalan laju-laju. Siap suh Miki jangan duk tengok-tengok orang jual tu. Kang tak pasal  terus muntah kang, malu iolsss. Hahaha.

Sampai hotel terus tidoq. Esok nak bangun pagi gerak kenduri. Sambung nanti -

No comments:

Post a Comment