Weekend Nasik Lemak Sambal Udang

Amboi amboi amboi,
bertukar lagi address belog ni nampak. Tapi updatenya nan hadoooo! Haha.
Konon beria tanam azam nak selalu update, nanti boleh simpan jadi kenangan segala entry-entry ni. Semoga berjaya dan tekun lah gitu.

Anyway,
Sementara sedang kumpul gambar-gambar melancong, dan sedang transfer gambar dari kamera ke hard disc, sambil tu ternampak banyaknya gambar yang harus diletak sini. Nak harap pergi print memang tinggal harapan dan seterusnya jadi harapan yang palsu belaka. Semoga gambar-gambar yang diletak di platform cyber ni pun terpelihara, tapi mungkin akan dimamah  teknologi juga. Mungkin.


Nak cerita dan letak gambar masakan la pulak rasanya harini. Dipersembahkan, my ultimate faberetooo de amorr --
Sambal Tumis Udang Buah (ke sayur?) Petai Hijau Saujana Memandang Lirikan Matamu.

Nampak menarik bukan? Hihi perasan.

Weekend adalah hari kerajinan saya memasak, rajin masak je la, tapi kemas lepas memasak tu memang malas, tapi kena buat juga la takkan nak biar kuali bertebaran. Weekend hari tu rasa macam malas sangat nak masak hover, so kita masak nasik lemak dan sambal udang je.
Kalau kawan-kawan datang rumah pun ku masakkan nasik lemak je senang walaupun dorang kata susah la masak nasik lemak, bagi aku senang sangat sebab buat satu lauk je. Lepas tu goreng telur ke rebus telur ke, potong timun, goreng ikan bilis, kacang, goreng ayam letak tepung kfc tu ke sikit, kan dah siap. Senang.

Hari tu rajin goreng ikan bilis ngan tempe je, ayam malas nak goreng. Pastu rebus telur kasi kuning telur tu lembek-lembek sikit, fuhhh sedap!
Tips telur rebus perfecto -- Kalau nak bagi telur kuning tu lembek-lembek, just rebus telur atas api sampai air mendidih je lepas tu tutup api. Biar je telur tu terendam dalam air panas tu. Kalau kita rebus lama-lama nanti kuning tu jadi tak best, tak pun sampai kulit telur pun boleh retak-retak tu kan.

Siap kasi tips tu, poyo je. Hihi.

Timun potong sebelah je, makan pun berdua je. So please jangan membazir.


Disudahi dengan pemanis mulut yang hebat ni daripada Cornetto Limited Edition Taylor Swift Caramel Shake, memang sedap sangat nihh!

Suka sangat, sedappp sampai nak shake it off!


p/s: Selalu berangan kalau bukak gerai/restoren nak letak nama Weekend Nasik Lemak. Hewhew. Berangan.

No comments:

Post a Comment