Nu Sentral okelah jugak.

Oke, mari sambung tempek-tempek gambo dari hp ku, ni nak clearkan storage barulah rasa macam nak update tinggalkan memori kat belog sendu ni. Hahaha.

Ni cerita hujung taun lepas ni (punya la lama), lepas hantar Jz kat kl sentral, kitorang baru tau ada Nu Sentral kat situ. Haha. Punya lama kan tak jenjalan situ kan, lama jugak sebenarnya tak naik public transport, kalau tak mesti tau kewujudan mall tu.

*Christmas deco, niceeee
*Kedai typo ni memang aku suka betul lahhh! 

Kitorang suka lepak mall, suka window shopping, kalau masuk mall baru kitorang suka tengok butik apa yang ada sebab nanti boleh la plan pegi shoping. Boleh tahan jugak la situ banyak kedai dan butik kesukaan. Hewhew. Laki aku time tu sempatlah menyopingg, dia tu memang kaki shopping, kalah aku okey!



Lepas tu aku bawak pegi makan kat Manhattan, excited gila dia. Dia ni kan melayu tulin tak biasa makan benda merepek. Nasik je dia tau. Tapi memang sedap la, aku pun dah lama tak makan sebenarnya. Hihihi.

Macam ni la kitorang yang masih tak dak anak lagi ni, weekend je melepak la mana-mana, kalau dah melepak tu keje kitorang makan je la, Tu pasal la badan pun dah mengembang, duit pun dah mengecut. Hikhik. Tak pa la, asalkan gumbira hatiku.

No comments:

Post a Comment