Ocd hanger! (nak jugekkk!)

Being a housewife is not easy. Wahh gitueww! Baru je setahun putik jagung kawen kan dah rasa not easy, tu belum ada anak lagi. Aku memang respek la dengan fulltime housewife, lagi-lagi yang ada anak ramai. Respek jugak dengan working mom yang ada anak jugak. Aku ni just a working wife, anak belum ada, tu pun dah terketar-ketar. Haha.

Tapi aku rasa syukur sangat sebab laki aku very helpful la jugak kat rumah. Ada bab-bab kerja rumah yang dia nak buat. Contoh macam mendobi baju. Memang dia akan mesin baju, sidai baju, dah kering dia angkat dan lipat jugak. Kalau aku buat memang dia potpet kan je, sebab aku ni tak mengikut piawaian mendobi dia, dia kata tak cukup wangi la apa laaa (memang la kan dia tu letak daia ngan downy bukan main banyak! Membaziaqqq!). Haha. Lepas tu bab sidai baju pun dia potpet kat aku sebab tak susun baju dan tak susun hanger ikut warna :'), aku rasa dia tu ada OCD hanger. Tensen makkkk~

Lagi satu bab-bab cuci pinggan pun sama. Aku selalu masak, sambil masak basuh pinggan yang guna untuk masak time tu. Lepas masak memang dah clear la, pastu kitorang makan, lepas makan aku basuh je pinggan aku, pikir nanti la basuh periuk, kuali semua tu. Tapi dia tak, dia pas makan basuh clear habis semua tu. Pinggan atas rak habis dia simpan kan semua. :') Terima kasih sayam bayam.

Bab vacuum lantai pun dia buat. :') Terima kasih sayam bayam.

Bab tukar cadar pun kadang-kadang dia buat. :')  Terima kasih sayam bayam.

Semua kerja dia buat tu aku tak kan bagi komen pon. Kalau ada yang tak kemas, aku akan kemaskan kemudian, benda kecik je kan. Sekali sekala kita bagi pujian, nanti dia seronok la buat kerja. Taktik tu, hikhik. Kalau dia potpet pon aku buat tak tau je, kang sama-sama potpet kang jadi otromen & gergasi lak kang.

Rasa macam entah pape je aku ni kan? Haha. Kerja aku - masak (pening jugak ni, hari-hari perah otak tak tau nak masak apa. hahaha), lap-lap habuk, kemas almari, kemas barang, kemas dapur, tu je kot. Tapi aku penah terbaca, rasanya bab-bab kerja rumah tu memang tanggungjawab suami kan? Isteri hanya membantu. Mungkin ada sebab jugak, laki kan lebih kuat dan bertenaga.

Alhamdulillah, aku ada suami agak rajin macam tu. Syukur sangat, sebab aku ada penah dengar suami kawan-kawan lain tak beberapa membantu buat kerja-kerja rumah macam tu. Aku rasa semua tu start dari environment family kita dari kecik dulu. Mungkin la~

Tak pa, apa pun jodoh kita terima je. Semua orang tak perfect pun. Kena banyak give and take. Dia bagi, kita hambik. 



Gituuewwww

Hey sepedermen! Baju dah basuh ke belum?

1 comment: