Pasar Kemboja

Ini cerita dah lama, time balik kampung cuti panjang hari tu. Haha. Pemalas nak update belog macam ni la kan.

Hari tu balik Bagan Serai, tetiba teringat nak pegi pasar Kemboja kat Parit Buntar tu. Punya la lama tak pegi, rupanya dah pindah tempat, bukan lagi kat tepi-tepi jalan tu (aku tak tau jalan kampung apa ntah, Permatang Tok Mahad ke pe ntah, lupa). Punya la pusing pegi area bandar, rupanya memang kat situ dah tapak baru (area dataran sungai). Pasar kemboja memang femes dengan tempat borong kain, baju, telekung, semua murah. Ramai yang berniaga memang borong je kat sini.
*The details
Aku ingat nak cari kain untuk buat baju kurung je untuk pakai pegi kerja, sekali malas nak pikir terus beli baju kurung siap. Ok la harga murah. Lepas tu beli telekung lycra ada renda just RM50 je sepasang untuk mak, mak mertua ngan kak ipar. Kain lycra tu pun ok je tak la nipis sangat. Aku rasa murah sebab ada orang yang jual telekung lycra kosong je kain pun biasa harga sampai RM70, ishh. Kalau kat online sellers maunya lebih daripada harga tu kot. Tapi ada yang mahal tu memang elok sangat sebab custom made dan berkualiti kan. Sokayyy~
*Laki aku kalau bab belakon memang serah je la kat dia. Haha.

No comments:

Post a Comment