The geng!

Dulu masa study di Universiti, aku ada satu geng, kitorang satu course. Memang rapat jugak, sejak dari mula masuk Universiti, kitorang duduk satu rumah kat hostel sampai dua tahun, siap gaduh dengan kakak kat opis hostel sebab taknak pindah rumah lain bila masuk semester baru. Hahaha. Lepas tu duduk luar pun satu rumah jugak menyewa. Memang rapat. Bau kentut sorang-sorang pun kitorang dah kenal.

Aku, Aishah, Bad, Echa, Ain, Jah, Elly - yang ni memang bersama sampai ke rumah sewa tahun akhir kat Universiti. Lagi 3 orang - Lina, Nisak dan Mek tak menyewa dengan kitorang.

Dulu rasanya ada lah penah cakap 'siapa la antara kita ni kawen dulu ek?' Rupanya Mek Kelate yang kawen dulu. Semangat betul minah tu. Tapi memang nampak dia paling gatai nak kawen lepas habis study. Kahkah.

Lepas tu aku kot kawen, ke Nisak ek? Aku tak pasti sebab tak pergi Nisak kawen. Sorry.
(Ada nampak jugak ke aku gatai sebab antara terawal yang kawen dulu? Bahahaha.)

Lepas tu Echa pulak meneruskan langkah menuju ke alam kawen! (Sekarang tengah pregnant! Tahniah Echa!)
*Echa's Wedding @ Jelebu

Lepas Echa, Ain pulak kawen awal bulan 2 haritu. Aku pergi kenduri dia kat Pahang, memang syok! Dah la cendol kat kenduri dia adalah sedap!
*Ain's Wedding @ Pahang

Lepas ni? Mungkin Elly kot. Hehe, Lepas tu tak tau la siapa pulak.
Mudah-mudahan kawan-kawan aku yang masih single itu mudah dipertemukan jodoh.
Aaminnn :)

I love you gals!


*Owh, inilah cendol yang sedap tu. Aku siap lepak kat stall pakcik ni sambil makan cendol. Haha

No comments:

Post a Comment