Makan-makan @ Cyberjaya

Kalau kau kerja di Cyberjaya ni, tak banyak sangat choice tempat nak lunch. Mesti berulang pergi tempat yang sama je. Kalau nak makan nasik campur, boleh pergi kedai kat area stesen bas tu ada ikan bakaq sedap, kalau nak kelainan pergi kedai makan area Domain atau Shaftsbury. Tempat lain aku kurang tahu. Tapi kalau Nasik Arab memang femes kat sini adalah restoren Saba. 

Nasik Arab aku kurang suka, mungkin sebab jarang makan kot. Tapi hari tu kawan office ajak pergi Saba, aku pun ikut. Order Kabsah Lamb! Ohhoiii! Memang sedaplah kambing tu, lembut je, tak berbau kambing sangat kot. Hehehe.


Tapi kitorang selalu pergi Sahftbury tu, ada kedai western meatball sedap! Sebelah tu kedai nama Killiney, aku first time masuk Killiney tu order Laksa Katong Singapore selepas dihasut oleh kakak office, dorang kata sedap. Memang sedap kot! Laksa tu ala-ala mee kari, tapi laksa. Paham tak? Haha. Kawan office sorang tu order Nasik Goreng Cina kot, sedap jugak! Grrr geramm! (Nampak sangat tak budak gemuk ni kuat makan? Hahahaha.)


Tapi kalau weekend memang kurang happening la Cyber ni, tunggu nanti naik shopping mall mungkin lebih best? :)


No comments:

Post a Comment