Jalan-jalan Bukit Tinggi

Aku dah faham dah perangai mengada laki aku ni, dia ni kalau kitorang pergi jalan mana-mana time perut dia kosong, dia lapar, memang sepanjang jalan dia akan emo je. Rasa nak ketuk je perut dia tu, asyik nak cari gaduh je. Aku dah tau kalau dia emo macam mana, mesti tone suara dia lain, lepas tu akan bagi aku bengang. Haha. Kadang-kadang aku buat tak tau je, kadang-kadang aku buat lawak bodoh, padan muka malas nak layan emo dia, takut jadi gaduh lain lak kan. (Tapi kadang-kadang memang dah gaduh-gaduh sayang pun. Muehehe). Tapi tu la, dah kahwin ni kena banyak bersabar je la, rasanya dah lama kenal ni pun, dah paham perangai masing-masing kan. Kalau kitorang marah sesama sendiri pun mesti sekejap je, lepas tu dah ok balik main cubit-cubit. Hehh~


Hari tu lepas balik dari Kuantan tu, kitorang singgah Bukit Tinggi. Ye la, aku memang teringin nak pergi tangkap gambar kat situ. Tapi disebabkan dia lapar, memang hambar je la time jenjalan kat situ. Dah la panas terik, dengan orang ramai pulak tu. Grrrr. Lepak atas tu kejap je pun, rugi je bayar admission, dah la mahal.


Aku rasa kalau stay kat atas tu ok la kot, malam mesti sejuk je kan.
Tapi tetiba aku rasa bosan jugak kalau lama-lama stay kat situ. Haha.

Overall, ok la kot. Tempat dia cantik!


Ok bai! Penutup karangan tergantung.

No comments:

Post a Comment