Terpengaruh

Dari dulu, sebelum kawen, aku memang 'kaki tengok tv'. Semua citer aku layan, lagi-lagi reality show. Muehehe. Lepas kahwin ni aku banyak paksa ajar laki aku tengok aku punya favourite tv show or reality show. Tapi biasalah, sebelum tengok dia 'kaw-kaw' la kutuk - 'Citer apa lah ni? Tak best pun. Bukak citer lainlah. Bosannnn'
Oooo, berlagak ye??

Ada satu hari tu aku paksa dia tengok Masterchef US. Aku cakap Masterchef sana best tak macam negara lain punya, juri akan judge masakan betul-betul, kalau tak sedap dia akan buang makanan tu terus. Pastu contestant dorang memang jenis competitive sangat. 
Dan sesungguhnya laki aku tak percaya.

Tapi, sekali dia tengok memang betul apa aku cakap tu, terus dia seronok tengok! Tiap-tiap minggu memang dia akan tunggu depan tv, dia lagi hover daripada aku. Kalau keluar mana-mana mintak balik cepat sebab nak tengok Masterchef! Kahkahkah bongok je. Tu la, orang cakap sebelum ni  tak caya.

Masterchef tu baru-baru ni dah habis, padahal aku dah tau sapa menang sebab aku google, tak boleh tahan nak tunggu. Hahaha. Dan nampaknya Luca yang menang, ok la not bad. Juri pun macam suka dia je. Aku bajet Natasha yang menang.


Tapi, tak berhenti disitu ye. Kitorang yang kuat makan ni, kalau tengok dorang masak-masak mesti cakap - 'macam sedap je, kat Malaysia mana nak carik ek? Ada jual ke?'. Hahaha teruk. Terpengaruh sangat tu.

Baru-baru ni kitorang jalan-jalan kat mall, tiba-tiba laki aku cakap pasal coklat lava cake. Ada satu episod tu kat masterchef dorang buat coklat lava cake, souffle dengan apa ntah lagi satu. Rupanya dia tak penah makan coklat lava tu. Aku teringat la kat Pizza Hut ada kan, tapi kat mall tu tak ada pizza hut, so kite ke Secret Resepi je la. 


Laki aku : Yamm, sedap yammm! boleh tak bik nak jilat pinggan ni? Hehehe.
Aku : Bongok gila, jangan buat perangai! Hahaha.

Aku - order coffee + my favourite fruitilicious cake. Nyums!




Owh,aku ada ajar dia jugak layan ANTM. Kahkahkah. 

Laki aku : Yamm, Bik rasa bik boleh jadi model jugak la (sambil jalan catwalk dalam rumah, siap pose! Hahahahaaha)
Aku : Gilalah kalau model macam ni, perut beso, punggung mantap. Kahkahkah.


Kurang ajor tak aku? Hahahahaha.


No comments:

Post a Comment