Kita dan Bola

Sejak musim bola sedang berlangsung ni, jangan haraplah aku boleh pegang remote Asterok pada hari weekend. Laki aku punya semangat dia lain, mengalahkan pemain bola pro. Padahal dia kejar bola pon tertonggek-tonggek. Bahahaha. 


Aku kadang-kadang join la jugak tengok bola, tapi selalunya terkandas lepas separuh masa pertama, sebab lepas tu aku kompem terus zzzzz. Tak tahannnn! Layan katil lagi syiok. Keesokan hari bangun dari tidur dan sebelum pergi kencing pagi haruslah aku scroll dulu timeline tengok berapa skor game malam tadi tu. Kahkah.

Pernah satu game tu, aku tengok sambil jerit-jerit, lepas tu kena sound sebab dia tensen team kesayangan ketinggalan goal. Aku pun apa lagi terus sentap gituew, masuk bilik dan tidoq, buat-buat merajuk malas layan! Biasalah pompuan kan haruslah sentap. Barulah comel.


 
*Sayam, Bik potong rambut ni ada tak macam Olivier Giroud?
**Oh yeahhh? (tangan dibahu, mata juling-juling). Haha. Malas layan orang perasan.


Kesimpulannya, laki dan bola berpisah tiada.
Hahahahaha.

Semoga Arsene Wenger diberikan kesihatan.
COYG!



2 comments: