#GigTriplePlay : Nidji @ KL Live

Sabtu 30 June itu hari ada pergi KL Live sebab nak tengok Nidji punya pasal. Sanggup! Lama tak tengok dorang live. Last tengok dorang live kat Dragonfly, dulu! Lama dah. Bulan berapa ritu dorang ada datang jugak, show kat The Loft tapi tak berkesempatan pergi tengok pon. Sobss. So kali ni haruss pergi la.

Dapat ticket free dari @tv9malaysia. Gigih join. Lagipun macam best sebab ada Hujan dan Bunkface sekali. Penyatuan music dua negara. Isn't that kewll?? Tahniah TV9. It was a great show after all!
Sebelum start gig kitorang lepak bawah dulu, sembang-sembang. Sekali tengok geng Nidji datang. Wah, rileks je dorang. Tapi Giring tidak kelihatan lagi. Yang si Bik ni memang slamber sembang-sembang ngan dorang. Haha. Aku malu, tolong tangkap gambar saja. Then, dorang gerak, kitorang still lepak lagi bawah tu. Dan tiba-tiba Giring pulak sampai. Yang si Bik ni pegi la salam ngan Giring. Dan ya, Giring masih ingat die lagi. Wahaha. Siap cakap Bik dah lain (tak sampai hati dia nak kata gemuk kot. Haha). Dia tanya dah kahwin ke, (die tanya lagi mungkin sebab nampak gemuk kot. Haha), Bik kata baru bertunang dan jemput la datang tahun depan kahwin (macam nak je die datang kan).
Dan Giring sudah kurus, bergaya, hensemmm. Serius hensem! Untunglah bini dia. Ehhh.
Show sangat best, Giring masih energetic! Bik pun energetic tapi sekejap saja. Konon nak moshing, but half way saja terus kata semput, sakit belakang. Sedarlah wahai sayangku, dirimu itu sudah tua. Wakaka. Aku rileks, enjoy the show. Sampai lupa nak ambik gambar banyak-banyak. Memang sungguh enjoi saja.
Kitorang bercinta berlatarbelakangkan lagu-lagu Nidji. Aku ingat lagi 6 tahun lepas Bik nak curi poster Nidji aku. Mana boleh!

4 comments:

  1. emaaa... comei laaa header blog tue..
    simple and nice ;)

    ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tu la, best pulak buat collage. Simple.

      Delete
  2. waaaaaaah...
    nidji!!!!
    bestnyer!
    ^^

    ReplyDelete