Amboi senangnya hidup kau kan??


Aku masih tak faham dengan orang yang suka menyusahkan orang lain ni. Sebab aku sendiri memang tak akan mintak tolong kat orang, sebab aku malu dan takut akan menyusahkan orang tu. Selagi ada jalan yang boleh aku fikirkan, aku akan berusaha untuk teruskan tanpa harapkan bantuan orang lain. Sungguh!

Aku rasa tak pernah aku nak menyusahkan orang lain setakat ni. Aku masih boleh berdikari. Alhamdulillah. 

Tetapi ada orang, suka sangat menyusahkan aku. Tapi aku tak mampu nak kata 'tidak', 'tak nak'. Sebab aku tak sampai hati. 

Tapi kadang-kadang terfikir, apa kata perkara yang kau susahkan aku tu aku nak mintak balasan wang. Boleh tak?

Tolong jawab, sebab aku sekarang tak kaya pun nak tolong kau secara percuma. Kau senang lenang saja menyusahkan aku untuk kesenangan sendiri. 

Adakah sudah tiba masa untuk aku menjadi pentingkan diri? Aduh, aku tak sampai hati. 

Aku lebih rela hidup dengan keluarga sendiri tanpa gangguan orang lain.

2 comments:

  1. kadang2 kite kena kejam ema..
    baru laa org tak amek kesempatan hehehe

    ReplyDelete