#TwtUpKami dan bihun goreng ayam

Hari Sabtu petang hari tu ada pergi Bukit Jalil sebab ada event #TwtUpKami. Saja la pegi sebab tahu ada booth Tune Talk. Nak cari nombor baru lagi satu untuk henset lama tu. So dah alang-alang dekat je pun an, ajak la officemate. Kebetulan dia pun tweet kata tengah bosan. Siap pakai gps Yeyel lagi sebab tak tau jalan. Padahal senang je kalau kuar mex highway tu. Haha. Kesian.

Sampai pun dah petang. Sampai-sampai je tengok ada segerombolan orang kat area futsal. Rupanya Dato Sri Najib datang. Ada lepas tu wat sesi sembang-sembang dengan Dato Sri. Aku tak dengar sangat pun sebab jalan-jalan sambil cari booth Tune Talk, dan terus pilih nombor dan beli sim. Setel. Lepas tu jalan-jalan tengok booth lain je la. Ok la event ni walaupun tak la besar mana sangat kan, tapi well-managed. Good Job.

Dan dalam pukul 6 pun kami pulang. Tiba-tiba Si Tunang mesej kata nak lepak pulak. Tak ada kerja malam tu pergi balik sana sebab nak layan showcase akustik dorang pulak. Pergi je la sebab free kan. Hokeyy laa, memang santai dengan angin sepoi-sepoi. Yang paling layan sebab band faberet ada, Oh Chentaku dan Hujan. Bunkface pon ada. Oag ada kot, tapi tak tunggu habis sebab dah hujan.


Lepas tu terus gerak KL pergi cari port tengok Euro. Macam biasa, port best adalah di Pelita Nasik Kandar. Huahuahua. Kesimpulannya, adalah seronok! 


*Sambil tengok bola ditemani bihun goreng ayam dan limau diketepikan.




No comments:

Post a Comment