Snow White dan Hantu

Ini cerita minggu lepas dan lepas lagi. Haha punya pemalas, lama gila baru nak update kan. Minggu tu pergi Mid Valley saja la, sebab nak tengok Snow White and The Huntsman tu. Walaupun pelakon Bella Swan tu aku tak berapa minat sangat, tapi tengok jugak lah sebab ada Charlize Theron yang sangattt cantik dan juga my Thor yang gagah perkasa. Hahaha gila.
Jalan cerita ni biasa la pasal Snow White, dan mesti ada Queen yang jahat, sebijik epal dan lelaki hensem. Haha. Tapi cerita ni versi dark side. Grafik sangat ok! Jalan cerita ok juga, ada garapan (wahh ayatt!) dari cerita asal Snow White sikit, tapi rasanya ending macam tak tragik sangatlah. Dan tak ada drama sangat antara Huntsman tu dengan Putera tu berebutkan Snow White (aku rasa perlu). Dan Kristen Stewart memang pakar buat emosi muka blur dan kesian. Wakaka. Watak paling best adalah watak Queen, sangat hebat, jahat dan cantikkk lah Charlize Theron, patut tak sesuai letak Kristen Stewart nak tandingi kecantikan dia tu. Bila Queen tu jadi tua pun cantik jugak, macam mana tu? Haha.


Oh, sebelum kitorang nak masuk panggung, kat luar tu ada hantu berdiri tegak muka seram gila sambil bunyikan gendang mainan tu. Bunyi 'tok tok tok' sambil mata dia pandang orang, serius seram! Pandai amoi tu berlakon.
Ini promo cerita apa entah, tak sempat tengok tajuk sebab asek perhatikan hantu tu saja. Dan aku rasa memang cerita tu seram. Nanti nak tengok lah!


Ini aktiviti sebelum masuk wayang. Bik saya ni memang gila perasan die adalah patung dalam Nike pakai jersey baru Arsenal. Padahal tak layak, tahan nafas kasi perut tu kempis bolehlah. Kalau takk, memang jadi patung perut besaa. Haha.


Rezeki hari tu. Nyammm!

Dan shades saya cari di Cotton On hanya rm5 sahaja. Tak percaya? Pergi cari sendiri. ;p

No comments:

Post a Comment