Tak tau

Kadang-kadang aku tak tau apa yang aku perlukan dalam hidup ni. Sekarang semua yang aku buat hanya untuk aku teruskan hidup tanpa harap bantuan orang lain. Aku pergi kerja, balik kerja, hujung bulan dapat gaji. Belanja harian guna duit gaji sampai habis dan tak ada simpanan pun.
Itu saja. Benda ni akan berulang sampai mati kot.

Untuk ke plan hidup seterusnya? Entah, aku tak tahu sama ada aku dapat realisasikan atau tidak.

Perubahan untuk ke arah kebaikan pulak memang tiap-tiap hari aku rasa nak mula buat, tapi tak cukup iman di dada. Terus postpone. Entah bila nak mula.

Haishh

2 comments:

  1. hehehe... insyaallah utk kehidupan seterusnye... moge allah limpahkan rezeki ;) aminn

    ReplyDelete