Tolong Jauhi

Aku suka memerhatikan persekitaran, memerhatikan gelagat orang.
Jadi, minggu ni aku ada buat rumusan daripada pemerhatian aku.


1) Ada sesetengah orang yang suka memandang luaran orang lain. Kalau dirasanya orang itu kurang cantik, dia akan kata 'eh tak sesuai la baju tu dia pakai!'. Eh, kau cantik sangat ke?

2) Ada sesetengah orang yang tak boleh tengok orang lebih daripada dia. Contoh kau beli peti ais, orang tu pun akan korek-korek tanya 'berapa harga kau beli? dekat mana? jenama apa? ada rebate apa-apa? Tak ada? Rugilah kau beli tu. Baik beli jenama lain.' Oh si iri hati!

3) Ada sesetengah orang yang suka menyusahkan orang lain. Kau ada jalan A dan B, tapi kau pilih A dan jalan itu melibatkan orang lain juga. Kalau kau sesat guna jalan tu kau pasti perlu minta tolong orang lain. Tak fikir ke kalau orang tu sedang susah jugak? Padahal kau ada jalan B yang mungkin sedikit (sangat sedikit ok!) risiko, kau tak nak pilih. Kau masih nak senang lenang dengan bantuan orang lain. Alahai kesian!

4) Ada sesetengah orang yang suka jadi batu api. Belakang-belakang kau pergi kutuk orang tu, lepas tu kau pergi bocorkan hasil kutukan tersebut kepada orang yang dikutuk itu. Orang macam ni boleh lah baling batu besar kat kepala dia.

5) Ada sesetengah orang yang suka membesar-besarkan apa yang dia buat. Konon dia sorang saja lah yang boleh diharap. Padahal orang lain pun buat juga, dia tak nampak, tak tahu. Sewel ke?

6) Ada sesetengah orang yang suka tegur kesalahan orang lain. Diri sendiri yang buat kesalahan yang sama dia tak sedar. Gila kuasa!

7) Ada sesetengah orang yang suka memandang rendah orang lain. Kau nampak budak tu macam pasif saja, kau mula buli dia. Satu hari nanti kau akan menyesal. Tunggu sajalah.



Owh, banyak juga ye?

Aku pun ada juga perasan diri aku ada tergolong dari sesetengah perangai tersebut. Manusia mana yang perfect kan? Mesti ada jugak sifat buruk tu, bezanya sama ada kau sedar atau tak saja. Kalau sedar, boleh muhasabah diri mohon tukar jadi yang lebih baik.


رَبَّنَا لاَ تُزِغْ قُلُوبَنَا بَعْدَ إِذْ هَدَيْتَنَا وَهَبْ لَنَا مِنْ لَدُنْكَ رَحْمَةً إِنَّكَ أَنْتَ الْوَهَّابُ

"Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya"
(A-li 'Imran : 8)

1 comment: