Basikal

Sekarang ke mana-mana nampak bebudak bawak basikal Fixie.
Mat rempit pun dah jual motor sebab nak beli Fixie. Memang trendlah. Aku sampai sekarang tak dapat tentukan dengan detail macam mana basikal tu, sebab tengok dari jauh je. Tak tau beza basikal tu dengan yang lain. Oldskool aku ni ek? Eh?

Dengar cerita basikal ni mahal ye? Mau cecah ribuan ringgit. Kaya betul parents bebudak sekarang yang senang je bagi kat anak dorang.

Dulu aku nak basikal Rally pun tak lepas. Tau kan basikal tu? Basikal biasa ada raga, ada loceng, ada lampu bulat kat depan, ada tempat duduk belakang. Parents aku kurang duit. Jadi dorang suruh dapat nombor satu dalam periksa baru boleh kasi. Aku pun bermati-matian lah belajar, kasi dapat nombor satu.

Masa yang ditunggu telah tiba. Hujung tahun parents aku belikan basikal Rally warna merah kat aku. Yeay! Tapi yang peliknya Abang aku pun turut sama dapat basikal BMX!

Ait?


Nostalgia darjah tiga, 1994.



Dua tahun lepas tu aku dapat basikal Mountain Bike warna biru pulak sebab cemerlang dalam UPSR. Masa tu terasa diri sangat ohsem!
Hehhh.





No comments:

Post a Comment