MySimpleEngagementDay - Hantaran

Eh, baru sekarang rasa nak update pasal My Simple Engagement Day. Boleh tak? Ke dah basi? Haha. Peduli apa kan, ni blog aku, so suka hati. Hanya untuk simpan memori untuk diri sendiri saja. Hewhew :D

Rasa-rasa nak reveal pasal hantaran dulu la. Hantaran yang agak simple, budget sedang-sedang saja sebab suruh kakak sepupu yang tolong buatkan. Aku macam tak ada masa nak setel benda ni la. Tapi kalau aku yang buat mesti macam lagi simple dan murah. Memang dasar kedekot (sebenarnya tak ada duit, haha) nak buat macam mana. :') Ni memang aku kasi duit, memang kakak sepupu yang setelkan semua. Dari beli barang, gubah semua dia yang buat. Aku minat nak buat tapi memang tak ada masa. Kerja kerja kerja. Damn! Nanti time kahwin hopefully akan ada masa buat sendiri. Yeay!

Tema majlis aku ni macam campur kot. Haha. Baju warna peach, hantaran konon nak peach jugak tapi dapat warna macam kuning cair. Bolehlah. Kira macam warna soft, pastel la gitu. Aku suka. Lantak la orang nak kata nampak dull ke apa kan. Suka hatilah.

Jumlah hantaran? Entah tak kira. Tapi yang betul aku sediakan macam dalam sebelas kot. Yang lain orang bagi. Berpuluh jugak la. Alhamdulillah. Dah orang bagi kita masukkan sekali dalam hantaran. Berkat. Syukur.


Some of the hantarans. Very the lembut.


Hantaran untuk tunang kami bagi barang yang biasa-biasa je dulu sebab nanti kawen akan bagi hantaran lagi. Time kawen baru bagi barang yang extreme gila (Ya lah tu. Haha).


Ini sejadah. Moga-moga rajin solat. Amin. Sejuk perut ibu mengandung.

Ini tuala. Moga-moga rajin mandi.

Ini kain baju melayu untuk raya. Bolehlah pergi tempah sekarang. Awal gila. Haha.

Biskut yang paling femes!

Coklat

Biskut raya

Kuih raya.

Cupcake buatan Mak dan apam polkadot Makcik Jiran kasi.

Epal merah sejenis

Ini campur orang kasi. Kasi angkut sekali.


Oke, tu je la. Biasa-biasa je. Letak sikit je sini, kang letak semua mau penuh entri ni kan. :). Oh, bunga tu nampak macam fresh flowers kan, padahal ianya bukan! Itu fakta, jadi harus percaya.

Ta-ta!
:)


No comments:

Post a Comment