MySimpleEngagementDay - Door Gifts & TQ Tags

Kenduri hari tu kasi doorgift yang murah-murah saja. Biasa lah budget ciput kan. Mati la kalau nak kasi yang class saja. Mana ada duit weyh! Janji kasi, tanda ingatan orang sanggup datang kenduri rumah kita ni.

Tapi bagus jugak kasi barang yang ciput-ciput ni, tak ada la saudara mara yang buruk perangai ambik banyak tak peduli orang belakang dah. Sampaikan ada aksi siap dah pegang door gift tu nak ambik la kan, lepas tu letak balik sambil kata 'eh, tak nak la ambik, tak lawa!' See? Buruk perangai kan? Kalau yang lawa, siap angkut banyak kasi sorok bawah katil. Cis.

Walau apa pun, aku puas hati jugak. Ini door gift semua main campur-campur. Kejap beli ini sikit, lepas tu keluar pergi kedai jumpa yang lain datang idea lain, so tambah beli lagi. Itulah perangai mak saya. Semua ni idea dia la. Dia memang suka bab-bab kenduri ni. Hehe. I love U mama!


Mula-mula beli souvenir ni, time tu kat Ayer Itam, Johor lepas habis konvokesyen. Macam tak tahu Ayer Itam kan berlambak benda-benda macam ni, dah la murah. So, rembat la 100 bijik. Kasi sumbat dalam bonet kereta kecik.
So proses ikat riben dan bunga. Letak jugak TQ tags. Done!




Ingat dah la kan 100 bijik tu kasi kat orang tahlil dan famili si tunang, sekali keluar ke mall tengok ada sapu tangan murah, dah la murah tebal dan sweet pulak tu. So my mama kata 'eh, beli la ni, kita kasi kat kawan-kawan mak'. Ha, oke. Beli lah mak. Dapat beli dalam 50 helai.
Balik rumah kasi lipat-lipat jadi macam ni, dan done!




Lepas tu dah tinggal berapa minggu nak kenduri tu, mak pergi Ipoh pulak hantar adik. Sekali boleh pulak singgah kedai-kedai pengantin ni. Dah dapat rembat lagi 50 bijik benda ni. Beli lah mak. Hehe.
Ini pun kasi hias riben dan TQ Tag. Untuk letak telur dalam tu. Ini untuk orang yang masuk bilik salam dengan pengantin saya. Kehkeh.





Haha banyak jenis kan? Pening kepala.




Untuk door gift semua letak dalam paper bag ni. Pun murah. Memang aku cut cost habis-habisan. Punya tak nak membazir kan, so duit lebih buat kenduri kasi orang makan sedap-sedap. Betul tak?


Oh lupa, ada tambah buah lai, kuih-muih dan choc cupcake letak dalam goodie bags ni. Buah lai tu beli banyak so memang kasi kat tetamu lain jugak. Aku beli plastik bunga-bunga kiut kat Daiso saja, so letak buah tu dalam tu. Senang.

Ini budak sebuk je. Hehe. Nasib baik kiuttt.



TQ tags lak aku design sendiri. Design 10 minit punya kerja, lat minit so jadi macam tu. Gila simple kan. Lantak. Haha.

*Hehe Kak Midah is my mom. Satu Taman panggil nama tu, kena la taruk nama mak, nanti orang tengok balik souvenir tu tau la kan. 'Owh, ni dapat dari rumah Kak Midah lorong 20 tu, makan dah la sedap, kenyang peruttt besarrr.'
Haha.



Itu sebablah saya panggil ini 'My Simple Engagement Day'.
Sangat simple.
Oke, tu je.
Ta-ta

No comments:

Post a Comment