The Perfect Mate Kaw Kaw

Sediakan mug - masukkan Nescafe setengah camca - masukkan gula 1 setengah camca (kurang manis la konon) - masukkan 2 camca krimer Coffee Mate - kasi bubuh air panas secukup mug - kacau-kacau dan hirup slurrpppp. Ahhh hilang dahaga.

Tiap-tiap hari buat ni. Adoi, tak baik untuk kesihatan betul, tapi nak buat macam mana kalau tak minum rasa mengantuk. Boleh ketagih ni (ataupun memang sudah ketagih?)

Hari Jumaat lepas, waktu rehat panjang tengah hari, saya bersama-sama dengan Cik Echa dan Cik Aishah selepas pergi Pejabat Pos Ampang Park, tiba-tiba terpandang lori Coffe Mate,

"Kak, mari try kak. Free je"

"Weh, jom le ambik, dapat air free tak payah buang duit gi minum kedai"

"Nah kak, ni gula ngan Coffee Mate. Ni kopi. Kalau nak pekat, berkrim bubuh tiga sudu, kalau sederhana 2 pun cukup."

"Aik. buat sendiri ke?"

"Ye kak, hehe"

"Yang sejuk tak da? Ingat ke ade yang sejuk."

"Panas je kak"

"Tak de bagi Coffee Mate free ke?"

"Yang tu tak de la kak. Hehe"

"Hehehehe. Suka hati je mintak kan"


Dah siap buat, tiba-tiba,

"Kak, tangkap gambar kak, ade frame ni. Tak pe frame tu die tu tolong pegangkan"

"Aik ade pulak tangkap gambar. Letak kat FB ke? Hehe"

"Ye kak, nanti kami upload kat page kami Perfect Mate"

"Wah, femeslah. Nanti kami like gambar sendiri. Haha"


Mai la like sini, Page Perfect Mate Coffee Mate


Coffee Mate ni kalau dah abis kat ofis ni komfem Nescafe tak laku. Begitu juga kalau gula dan air tong abis. (Haruslah tak laku kan, kalau habis macam mana nak buat air) Haha Ok bye.



2 comments: