nasik beriyani pengubat kencing manis. boleh?

rasa macam korang semua dah tau cerita (gosip @ benar, tak tau la pulak) pasal meatball Ikea yang nyum-nyum tu kan?
aku rasa aku je yang lambat tau kot.


situasi 1 :
hari sebelum semalam (semalam Ahad), tengok iklan ikea tunjuk bakul jejaring besi rm19 (agaknya lah). lepas tengok tu aku dan cik jz macam biasa la tunjuk ragam macam orang mengandung 3 bulan 5 hari. 'ngidam meatball, lama tak makan. bla bla bla...'

kak lysa (kakak satu bilik aku) pun kata, 'jom jom ahad kite pegi nak?'

serentak aku dan cik jz, 'yeyeyeye, jom tido awal malam ni, sok nak bangun awal'.
oke, semangat macam budak-budak terencat.


situasi 2:
semalam, tengah hari dah gerak ke sana. tiktoktiktok campur situasi sesat jalan, masuk jalan mati dan parking full (kena parking kat the curve rm3), kami pun sampai la dalam pukul 2. lambat sungguh. perut krukkruk sudah.


*nampak muka semangat dalam lif*


situasi 3:
masuk Ikea, sambil ambik barang-barang dapur yang berkenan untuk dibeli (nak bawak balik bagi kat mak), tiba-tiba mata terbeliak baca notis yang ditampal. masa tu aku je la yang tengok, orang lain lalu situ buat tak tau pun. tak perasan agaknya ataupun dorang dah tau.



erkk, tekedu dan tertelan air liur selepas baca. (tak tau lah tertelan air liur sebab teringat meatball oink-oink atau sebab mengidam). siap ada perkataan samak kot. dengar gosip sebab meatball tu, tak pasti status kehalalan nya.

notis ni sejak bila ek? dah lama ke? aku je kot yang tak tau?


situasi 4:
dengan muka kelaparan dan kehampaan, keluar dari Ikea, terus menuju ke Kedai Nasi Beriyani Hj Ismail, TTDI. nasib baik nasik dapat mengubati perut krukkruk kami.


*the femes? sedap jugak*



sekian.

Hampa.


p/s : masih mengidam.

No comments:

Post a Comment