short-term memory loss

pernah tak tengok cerita 50 first dates? lakonan Adam Sandler & Drew Barrymore. filem tu adalah kesukaan aku. cerita pasal seorang perempuan ni (namanya Lucy) yang mengidap penyakit short-term memory loss, so every night all memory of her day is erased. jadinya setiap pagi dia tak ingat apa yang terjadi semalam. she only have her long-term memory, that's why she's still recognize her father, friends, her childhood memory and so on. jadinya ada sorang mamat ni nak mengorat dia hari ni, then tomorrow she will forget him. so mamat tu terpaksa la mengorat setiap hari, over and over again. sangat lawak ok Adam Sandler. tambah2 lagi kawan dia Rob Schneider yang bengong tu belakon sama. hahaha.



sekarang anda boleh tengok cerita seumpama ini di tv3, drama actually. every monday till thursday, start at 6:30. aku layan citer ni, hahaha. dengan mak aku sekali turut terjebak sama. alah, hari ni jumaat tak de la citer tu. ermmm..



eh macam mana la dengan orang yang sakit macam dalam cerita tu ek? kesian kan. cuba kalau dah kawin? mau terkejut tiba2 bangun pagi tengok orang tak dikenali ada kat sebelah dia. hehehe. dan tiap2 hari orang sekeliling kena explain everything kat dia. boleh sembuh ke penyakit macam ni? macam kronik dah tu. ya Allah, jauhkanlah kami dari segala penyakit. aminnn


sebenarnya aku ada kenal orang yang ada penyakit macam ni. aku pun baru dapat tau ni. sangat sedih. aku dah lah penah tak puas hati dengan dia. aku penah cakap "hari tu kan dah banyak kali bagitau, tak kan tak ingat? ishh!". ada la sebabnya aku marah sampai macam tu kan. bila dah tau dia ada penyakit, terus rasa bersalah. oh mintak ampun. dia cerita, sebabkan penyakit tu lah sampai sekarang mak dia masih tak berani nak lepaskan dia pergi mana2, sangat protective. padahal dia dah besar. dia cerita pernah satu hari tu dia pegi jalan2 kat pekan sorang2, dan dia tak tau jalan nak balik! gila betul, kalau dah jalan jauh macam mana? bahaya. nasib baik dia kata terjumpa kawan mak dia kat pekan tu, dan dihantar balik. isk, kesian. now, dia still belajar, jauh jugak la dan mak dia memang sangat risau. dia kata kalau boleh mak dia tak bagi belajar. kalau balik cuti memang duduk rumah 24 jam la. kesian kesian. dia selalu mengadu kata kawan2 selalu buli, mengutuk, marah, taknak kawan ngan dia. sabarlah, mudah2an penyakit ko pulih. aminnn. ujian tu..

p/s : amnesia la kan?

5 comments:

  1. aku pon suke gak tgk cite 50 first date tuh...
    and aku menyampah giler ngan si peah lam 1000kali cinta tuh...ahahahaa

    ReplyDelete
  2. top list of my fav comedy romantic muvee, effort adam sandler ngorat lucy hari2 tu yg mahal tu. tp yg drama malay tu, maybe x dpt nk tgk kott..hehe..

    -zulfo-

    ReplyDelete
  3. niena : tu la, nyampah kan? rasa nak sekeh je. haha.

    zul : yup, mmg syok je tgk adam sandler. lorh, pasai tak tengok yg malay punya version? kehkeh

    ReplyDelete
  4. mesti sedih kan kalau orang yang kita sayang tak ingat kat kita..hmm.. hari2 kena ingatkan balik..huhu

    ReplyDelete