Raya Haji 2017


Tahun ni Raya Haji kitorang raya kat Tepeng. Mak aku pun seronok la, so ajak balik kampung buat lemang. Kat kampung ni rumah makcik aku, memang rumah dia kitorang selalu berkumpul pun.

Miki pon macam risau je sebab dia je laki yang ada time tu, dia kata mesti penat nanti nak buat lemang, dia tu nama je orang kampung jugak tapi kurang tahu kerja-kerja kampung ni. Dia kemas rumah, basuh baju dia terel la. Hahahaha. Padan muka kena buat lemang, aku perati je dia ni k, perangai bandaq sangat dah kenapa.


Paling lawak tengok dia kena potong buluh la, adoila! Mak cik aku la ajar dia tu macam mana nak buat. Tapi ok je berjaya jugak, lepas tu dia punya bangga tu memang ku layankan je la. Hahahaha.


Tapi tu je pon keje dia, tolong angkat lemang letak kat api je. Pastu Pakcik aku je yang jaga lemang tu. Sambil tu kitorang gi terjun sungai dulu. Best gilaaaa.

*otw ke latar Sempeneh Batu Kurau

* BEST WEHH!

* Amboiiiii!


Esoknya raya haji kitorang tak buat aktiviti apa pun, pagi pergi solat raya, lepas tu makan, lepas tu gi tengok orang sembelih lembu, lepas tu makan lagi, lepas tu pergi balik Bagan Serai kejap. Dah, tu je. Hahahhahahaha boringgggggg.


* Sayang betul kat dia ni. Baby yang mudah dijaga hahahaha.
.
.
.
.
.

Selpiak sketttt,

K BYE! :p




No comments:

Post a Comment