Review filem Transformers The Last Knight yang hambar

Yes, raya kedua (26/6) sempat bawak adik-adik ipaq pergi tengok Transformers : The Last Knight.
Gigih tak? Sebab dah lama tunggu movie ni.


Kalau siapa yang ambik tau pasal movie ni, kali ni punya Transformers film memang kena kutuk la.
Rating orang bagi teruk kot.
Teruk sangat ke?
Jom tengok synopsis dulu, nanti aku hurai pendapat aku pulak. (WAHHHH! Hahahaha)

Synopsis : Humans are at war with the Transformers, and Optimus Prime is gone. The key to saving the future lies buried in the secrets of the past and the hidden history of Transformers on Earth. Now, it's up to the unlikely alliance of inventor Cade Yeager, Bumblebee, an English lord and an Oxford professor to save the world.

My Words : Kali ni start cerita keluar King Arthur yang mintak tolong kat Pahlawan Cybertron yang lari ke bumi. So dia dapat tongkat sakti yang boleh panggil naga Dragonstorm dan boleh tolong dorang menang dalam perang manusia tu.
Then, cerita sambung yang berlaku pada masa hadapan di mana semua Transformer diburu oleh TRF. Code Yeager ngn Autobots pulak tau pasal tongkat sakti tu, dan dorang ngan Decepticons pon berebut la carik.
Pada masa sama si Optimus tu pegi jumpa dorang punya 'god/pencipta' iaitu Quintessa (yang cipta tongkat tu jugak) dan Optimus pun telah dipukau untuk lawan Autobots! Hahaha. Robot pon boleh dipukau uolss!
Lepas tu korang tengok je la apa jadi.
Terus terang aku tak paham sangat cerita ni. Cerita sangat mengelirukan, tambah-tambah lagi aku tak boleh bagi tumpuan sebab ada family bangang bulls*** belakang kitorang yang bising gila!! BISING ok! Anak dia punya bising, menangis la, dan bapak dia pon bising. B*** betul! Sh**!!!! Kang aku tegur kang maunya dia tumbuk muka aku lak kang, hahaha.
OK sambung,
ada jugak babak  yang best, tapi ada jugak yang tak menjadi. Dah la watak manusia berlambak, robot berlawan pun tak syok sangat. Tapi ada la jugak scene yang mendebarkan.
Entahlah, pelik la cerita Transformers kali ni (Maybe jugak sebab termasuk sekali emosi aku yang menahan untuk memaki family bul^&#!t belakang aku tu? Entahlah!)
TAPI, kalau kau tengok rating kat IMDb pon teruk weh, so nampaknya memang rata-rata bagi review negatif pasal filem ni. Ada peminat tegar Transformers kecewa kot. Siap tak recommend orang gi tengok pon, bahahaha!

My Rate : 6/10 sahaja


Lepas movie, pergi makan KFC! Nasib baik sedap boleh mengubat hati yang lara ini hahahaha.

No comments:

Post a Comment