Raya 2017 : Raya yang simple. Yeay!


SELAMAT HARI RAYA 

:)




Baru ada masa nak update pasal raya!

Tahun ni turn raya di Bagan Serai rumah Miki.
Aku suka raya sana sebab ramai.
Dah kata ramai, mestilah meriah kan.
Lagi pulak tak penat sangat sebab ramai adik-adik perempuan tolong basuh pinggan jugak. Hahaha Keji tak? Sebab kalau aku kat Taiping memang aku sorang je la kat dapur. (Nasib adik beradik sikit macam ni la, tambahan pulak aku sorang pompuan. Duhhhh)
*Tiap-tiap taun dia ni buat perangai ambik gambo pose pelik. Yang ni dapat banyak like pulak hahahaha.


So, pagi raya tu tengok Miki & adik beradik lelaki dia je la bersiap gi solat raya.
Lepas dorang habis solat, kitorang baru la start sesi bermaafan.
Memang meriah sebab ramai, kecoh pulak tu. Hahaha.
Aku macam biasa tukang ambik gambo.

Dah settle bermaafan dalam rumah, terus keluar kat laman tangkap gambar.
Aku jugaklah yang setting camera semua. Hebat kan? Hahaha.
Ok laa, ada la jugak gambaq ramai-ramai kali ni.
Alhamdulillah.

*Gambaq candid jugak yang best! 

*Team raya Bagan! Hahaha.


Lepas tu pergi beraya rumah saudara kat sebelah rumah je, tu je pon.
And saudara mara pun ramai datang rumah.

Simple je raya kitorang, best dan tak penat!
I loikkkeee!


p/s : Semoga raya tahun ni lebih bermakna. Ikhlaskan hati memaafkan. Aamiin.

No comments:

Post a Comment