Pre-Raya 2017 : Balik ke kampung dan jem musim raya itu biasa. Bahahaha!

Kitorang balik raya hari Jumaat (23/6) tu pagi-pagi dalam pukul 8 kot.
Memang dah agak akan ada jem jugak di tempat yang biasa kat highway tu, nak buat macam mana, redah je la kannn.
Jem tu la yang bagi suasana raya tu. (Padahal tekanan! Bahahaha)

Sampai exit Taiping dalam pukul 12 lebih kot, dan terus balik Bagan jap hantar kek. Kalo tak hantar takut kek rosak pulak, tak pon bersemut.
Lepas tu lepas solat Jumaat patah balik Taiping, tapi gi singgah Bank dulu si Miki nak tukar kad. Dah last minit baru nak tukar kannnn. Ishh. Nasib baik bank takdak orang. Cepat je.

Dah settle semua terus gi balik umah mak kiteeee.
Ada pulak hari tu budak-budak bertiga tu kat rumah, meriah betul.
*Harraz double chin don't care.

Malam tu dah rasa nak raya, aku dah start potong daging untuk masak esoknya, sebab esoknya nak masak daging pedas hitam bawak balik Bagan jugak. Fuhh, berkilo-kilo jugak la potongnya.
Miki ngan Adik settlekan kemas rumah, letak carpet semua. Kesian adik kalo tak tolong memang dia sorang je la settlekan hal rumah. Begitulah nasib kami adik beradik yang sikit, hahaha.
*Lepas main mercun pop tu memang aku amukan la suruh sapu balik. Padan muka. Hahaha.


Esoknya, 24/6 adalah birthday aku! Kena pulak last puasa taun ni. Hewhew.
Tak ada yang spesel pon, biasa je rasa.
Miki tak romantik ok, tak ada nya nak surprise ke apa. Hahaha.
Tapi tak kisah pun, lagi bagus sebab aku tak suka surprise! Nanti sakit jantung! (Yeke? Hahaha)

Settle masak, terus gerak balik Bagan petang tu.
Sebelum balik tanya mak - "Mak tak rasa apa-apa ke hari ni, rasa perut geli-geli ke.."
Mak cakap "kenapa pulakk hang ni?"
Aku cakap "harini besday ema laa hahahahha."
Mak cakap "Laaaa, patut la rasa macam lain jaa, Mak pon duk diam ja tadi.. Hahaha, selamat hari jadi la yee"

"Ok Makkk, tenkiuuu"

Hahahaha. Kitorang memang family pelik. Tak pernah wish ke, beli kek ke.
Tak kisahlah, asalkan bahagia tak kacau orang kan.
Hahahahaha.

Balik Bagan terus gi kedai RM2 pulak beli pelita. Teringin nak pasang pelita kat rumah kampung.
Malam tu kitorang main bunga api!
Syok!

*Petang tu dah start install pelita. (Kau ingat install software ke? Hahaha)


*Excited budak-budak ni! :)





Yeayyy! Esok Rayaaaa!



No comments:

Post a Comment