Jom ber KyoChon! Sedap ke?

Tengok orang gi KyoChon, kitorang pon teringin jugekss. Sedap sangat ke kan? Tengok gambar macam memang sedap hahaha. Lepas tu tengok orang sanggup beratur tunggu seat, sedap la kot sebab gigih beratur kan? Hurmm.

Hari tu (29 July) ajak je la Miki pegi try. Miki ni apa pon tak tau, dia tanya sedap ke? Ye la dia kan hantu nasik, makanan macam ni dia tak ambik tau, aku je la selalu intro dekat dia (tu pon aku terpengaruh tengok orang post kat blog & ig kahkahkah!)

So plan gi makan petang-petang la, so dalam kul 4 tu sampai la kat Pavilion. Kyochon ni kat tingkat bawah. Turun je escelator dan nampak orang dah beratur tapi tak ramai la. Kitorang pon gigih la jugak beratur.

Then, kejap je dah dapat seat, dan terus order. (Menu :http://www.kyochon.com.my/menu/) Hari tu try red pepper & honey - wing & drumette. Tapi lambat jugak la sampai order tu sebab memang macam tu k. Jangan amukan pulak, dorang pon memang dah letak note pon sebab dorang freshly masak, plus orang pon ramai.

Sampai je kepak-kepak tersebut memang teruja laa. Visually memang nampak sedappp! Lepas tu, sekali gigit ---- fuhhhh sedap ya ampunnn! lagi-lagi yang pedas tu. 

*Walaupun dia ni tak ambik tau mula-mula, tapi dah sampai dia paling hover teruja k. 

*Kena sanggup tunggu, sambil tunggu boleh layan crossword dulu.

*Sampai dahhhhhhhhhh. 

*Close up sikittttt. pewittt 

*Amboi diaaa.


My Words : Memang sedap la, aku paling suka yang papper tu. Pedasssss dan SEDAP! Yang honey tu pon sedap, walaupun manis-manis tapi manis yang boleh dan sedap dimakan la. Lepas ni nak try soy garlic pulak - confirmla sedap jugak kannnn. Ishh, memang dasar pemakan. Hahahaha.


K Bye! 

Our Weekend : Review filem War for the Planet of the Apes dan jalan-jalan

Apes Together Strong!
KAHHHHH! :p


Berpusu-pusu pulak cerita best keluar bulan July ni. Minggu lepas tengok Spiderman tu kitorang tengok Apes pulak. Pergi tengok kat TGV Sunway Putra. I is love sebab tak sesak.
Synopsis : Caesar (Andy Serkis) and his apes are forced into a deadly conflict with an army of humans led by a ruthless colonel (Woody Harrelson). After the apes suffer unimaginable losses, Caesar wrestles with his darker instincts and begins his own mythic quest to avenge his kind. As the journey finally brings them face to face, Caesar and the colonel are pitted against each other in an epic battle that will determine the fate of both of their species and the future of the planet.

My Words : Filem kali ni pasal tentera khas yang nak hapuskan komuniti Apes. Ada first serangan, Apes menang la, tapi si Caesar lepaskan sebab nak orang tentera tu bagi mesej kat Kolonel tu untuk hentikan serangan. At the same time, anak Caesar ni dah dapat jumpa tempat selamat untuk semua Apes berpindah, tapi tentera tu sekali lagi serang dan bunuh anak dan bini Caesar tu, so beliau pon berdendam la kan.

Then, dia arahkan Apes semua pergi tempat selamat tu dan dia pulak nak gi carik Kolonel punya pengkalan. Dalam perjalanan, dorang jumpa satu rumah yang ada budak perempuan yang tak boleh bercakap, dan geng tentera ni ada yang bunuh manusia jugak.
Kenapa budak tu bisu? Kenapa tentera pun bunuh manusia jugak? Haaaaa, kang aku cerita lebih spoil puleksss. Hahahaa.

Overal best! Tapi takdak la banyak pasal perang sangat pon. Banyak cerita pasal nak siasat je kenapa manusia ada yang kena bunuh, dan kenapa budak tu bisu. So jalan cerita senang nak faham.

My Rate : 7.5/10. Bestttt thumbs up!

*Sebelum movie makan donat dulu. (Makan je kejenya)

*rasa nak tampaq hahaha.


*Hovernyaaaaaaaaa.

*Lepas wayang makan lagi. Sedap jugak Cinnabon ni k.

*Masih berdeco raya 


*My fave! Murah dah sedap Empire Sushi

*Lepas tu berjalan ke Pavilion pulaksss

*Last stop adalah makan nasik lemak di Dorai pulakss. Makan sajaaaaa.

Review Filem Spiderman Homecoming yang syiok!

Filem Spiderman ni dah reboot 3 kali kan? Bagi aku personally suka Andrew Garfield dan yang latest ni Spiderman muda Tom Holland. Toby iolss kurang suka sebab macam bosan je tengok dia. Kahhhh!


Synopsys : Thrilled by his experience with the Avengers, young Peter Parker returns home to live with his Aunt May. Under the watchful eye of mentor Tony Stark, Parker starts to embrace his newfound identity as Spider-Man. He also tries to return to his normal daily routine -- distracted by thoughts of proving himself to be more than just a friendly neighborhood superhero. Peter must soon put his powers to the test when the evil Vulture emerges to threaten everything that he holds dear.

* Redeem ticket free sajaaa

My words : Spiderman Homecoming kali ni memang beza la, firstly dia tak bazir masa cerita macam mana dia dapat kuasa spider tu, lagi pun dia dah muncul kat Avengers kan dan all the pengalaman excited dia time dengan Avengers tu.

So filem ni start dari dia bawah seliaan Tony Stark, so dia handle kes-kes kecik je. Tapi tiba-tiba ada kes berat yang guna senjata canggih - so dia pon siasat la dan bongkarkan kegiatan penjualan senjata berasaskan teknologi alien gituuu.

Best sebab budak ni sesuai bawak watak 15yo spiderman, so dia masih bersekolah dan ada bestfriend nama Ned yang baru tau identiti dia. Lawak oke! Spiderman punya suit pon canggih, ada unsur-unsur IronMan jugak sikit.

My rate : 8/10. Recomendeddddd!

* hovernya mamat ni. dah le demottt :p

Review filem Transformers The Last Knight yang hambar

Yes, raya kedua (26/6) sempat bawak adik-adik ipaq pergi tengok Transformers : The Last Knight.
Gigih tak? Sebab dah lama tunggu movie ni.


Kalau siapa yang ambik tau pasal movie ni, kali ni punya Transformers film memang kena kutuk la.
Rating orang bagi teruk kot.
Teruk sangat ke?
Jom tengok synopsis dulu, nanti aku hurai pendapat aku pulak. (WAHHHH! Hahahaha)

Synopsis : Humans are at war with the Transformers, and Optimus Prime is gone. The key to saving the future lies buried in the secrets of the past and the hidden history of Transformers on Earth. Now, it's up to the unlikely alliance of inventor Cade Yeager, Bumblebee, an English lord and an Oxford professor to save the world.

My Words : Kali ni start cerita keluar King Arthur yang mintak tolong kat Pahlawan Cybertron yang lari ke bumi. So dia dapat tongkat sakti yang boleh panggil naga Dragonstorm dan boleh tolong dorang menang dalam perang manusia tu.
Then, cerita sambung yang berlaku pada masa hadapan di mana semua Transformer diburu oleh TRF. Code Yeager ngn Autobots pulak tau pasal tongkat sakti tu, dan dorang ngan Decepticons pon berebut la carik.
Pada masa sama si Optimus tu pegi jumpa dorang punya 'god/pencipta' iaitu Quintessa (yang cipta tongkat tu jugak) dan Optimus pun telah dipukau untuk lawan Autobots! Hahaha. Robot pon boleh dipukau uolss!
Lepas tu korang tengok je la apa jadi.
Terus terang aku tak paham sangat cerita ni. Cerita sangat mengelirukan, tambah-tambah lagi aku tak boleh bagi tumpuan sebab ada family bangang bulls*** belakang kitorang yang bising gila!! BISING ok! Anak dia punya bising, menangis la, dan bapak dia pon bising. B*** betul! Sh**!!!! Kang aku tegur kang maunya dia tumbuk muka aku lak kang, hahaha.
OK sambung,
ada jugak babak  yang best, tapi ada jugak yang tak menjadi. Dah la watak manusia berlambak, robot berlawan pun tak syok sangat. Tapi ada la jugak scene yang mendebarkan.
Entahlah, pelik la cerita Transformers kali ni (Maybe jugak sebab termasuk sekali emosi aku yang menahan untuk memaki family bul^&#!t belakang aku tu? Entahlah!)
TAPI, kalau kau tengok rating kat IMDb pon teruk weh, so nampaknya memang rata-rata bagi review negatif pasal filem ni. Ada peminat tegar Transformers kecewa kot. Siap tak recommend orang gi tengok pon, bahahaha!

My Rate : 6/10 sahaja


Lepas movie, pergi makan KFC! Nasib baik sedap boleh mengubat hati yang lara ini hahahaha.

Raya 2017 : Raya yang simple. Yeay!


SELAMAT HARI RAYA 

:)




Baru ada masa nak update pasal raya!

Tahun ni turn raya di Bagan Serai rumah Miki.
Aku suka raya sana sebab ramai.
Dah kata ramai, mestilah meriah kan.
Lagi pulak tak penat sangat sebab ramai adik-adik perempuan tolong basuh pinggan jugak. Hahaha Keji tak? Sebab kalau aku kat Taiping memang aku sorang je la kat dapur. (Nasib adik beradik sikit macam ni la, tambahan pulak aku sorang pompuan. Duhhhh)
*Tiap-tiap taun dia ni buat perangai ambik gambo pose pelik. Yang ni dapat banyak like pulak hahahaha.


So, pagi raya tu tengok Miki & adik beradik lelaki dia je la bersiap gi solat raya.
Lepas dorang habis solat, kitorang baru la start sesi bermaafan.
Memang meriah sebab ramai, kecoh pulak tu. Hahaha.
Aku macam biasa tukang ambik gambo.

Dah settle bermaafan dalam rumah, terus keluar kat laman tangkap gambar.
Aku jugaklah yang setting camera semua. Hebat kan? Hahaha.
Ok laa, ada la jugak gambaq ramai-ramai kali ni.
Alhamdulillah.

*Gambaq candid jugak yang best! 

*Team raya Bagan! Hahaha.


Lepas tu pergi beraya rumah saudara kat sebelah rumah je, tu je pon.
And saudara mara pun ramai datang rumah.

Simple je raya kitorang, best dan tak penat!
I loikkkeee!


p/s : Semoga raya tahun ni lebih bermakna. Ikhlaskan hati memaafkan. Aamiin.

Pre-Raya 2017 : Balik ke kampung dan jem musim raya itu biasa. Bahahaha!

Kitorang balik raya hari Jumaat (23/6) tu pagi-pagi dalam pukul 8 kot.
Memang dah agak akan ada jem jugak di tempat yang biasa kat highway tu, nak buat macam mana, redah je la kannn.
Jem tu la yang bagi suasana raya tu. (Padahal tekanan! Bahahaha)

Sampai exit Taiping dalam pukul 12 lebih kot, dan terus balik Bagan jap hantar kek. Kalo tak hantar takut kek rosak pulak, tak pon bersemut.
Lepas tu lepas solat Jumaat patah balik Taiping, tapi gi singgah Bank dulu si Miki nak tukar kad. Dah last minit baru nak tukar kannnn. Ishh. Nasib baik bank takdak orang. Cepat je.

Dah settle semua terus gi balik umah mak kiteeee.
Ada pulak hari tu budak-budak bertiga tu kat rumah, meriah betul.
*Harraz double chin don't care.

Malam tu dah rasa nak raya, aku dah start potong daging untuk masak esoknya, sebab esoknya nak masak daging pedas hitam bawak balik Bagan jugak. Fuhh, berkilo-kilo jugak la potongnya.
Miki ngan Adik settlekan kemas rumah, letak carpet semua. Kesian adik kalo tak tolong memang dia sorang je la settlekan hal rumah. Begitulah nasib kami adik beradik yang sikit, hahaha.
*Lepas main mercun pop tu memang aku amukan la suruh sapu balik. Padan muka. Hahaha.


Esoknya, 24/6 adalah birthday aku! Kena pulak last puasa taun ni. Hewhew.
Tak ada yang spesel pon, biasa je rasa.
Miki tak romantik ok, tak ada nya nak surprise ke apa. Hahaha.
Tapi tak kisah pun, lagi bagus sebab aku tak suka surprise! Nanti sakit jantung! (Yeke? Hahaha)

Settle masak, terus gerak balik Bagan petang tu.
Sebelum balik tanya mak - "Mak tak rasa apa-apa ke hari ni, rasa perut geli-geli ke.."
Mak cakap "kenapa pulakk hang ni?"
Aku cakap "harini besday ema laa hahahahha."
Mak cakap "Laaaa, patut la rasa macam lain jaa, Mak pon duk diam ja tadi.. Hahaha, selamat hari jadi la yee"

"Ok Makkk, tenkiuuu"

Hahahaha. Kitorang memang family pelik. Tak pernah wish ke, beli kek ke.
Tak kisahlah, asalkan bahagia tak kacau orang kan.
Hahahahaha.

Balik Bagan terus gi kedai RM2 pulak beli pelita. Teringin nak pasang pelita kat rumah kampung.
Malam tu kitorang main bunga api!
Syok!

*Petang tu dah start install pelita. (Kau ingat install software ke? Hahaha)


*Excited budak-budak ni! :)





Yeayyy! Esok Rayaaaa!