Pre-raya 2017 : Tukaq tayar botak & tukaq bateri kong yang sebabkan meter minyak menggila. Hahaha.

Raya tahun ni rasanya raya yang paling banyak menggunakan wang (banyak la untuk aku ni rakyat marhein) untuk kereta kecil kesayangan aku tu. Nasib baik pakai kereta biasa je buatan Malaysia, kalau takkkk lagii banyakkkk laaa meleburrrrrr~ Hahahaha.
Alhamdulillah, ada kereta tu pon dah bersyukur, boleh bawak Mak, Mak Pak Mertua, adik-beradik, ipar duai, anak-anak buah. Alhamdulillah.

Disebabkan raya kali ni macam banyak aktiviti kat kampung nanti, so kitorang fikir untuk tukar tayar yang hampir nak botak tu.
So, ke kedai tayarlah kita seminggu sebelum balik kampung.

Tapi,

Sebelum beberapa hari nak tukar tayar tu, meter fuel kereta aku tu tunjukkan masalah yang entah apa-apa.
Start satu pagi tu lepas isi minyak dia punya meter tak naik sangat seperti biasa. Lepas tu berlarutan la beberapa hari meter tu tak betul. Kejap turun, kejap naik. Hahahaha.
Sampaikan ada satu tahap tu fuel range meter tu sampai bawah 10km. Kau rasa? Tak ke berdebar ke time bawak kereta? Hahahaha.

Makanya, kitorang tukar tayar brand yang murah je hari tu. Jadilah asalkan ada tayar untuk berputar.

Lepas settle tayar tu terus ke Perodua Service Center suruh cek meter pulak.
Masalah meter fuel tu - rupanya batery adalah kong ok! Nasib baik bukan sebab lain.
Memang dah lama tak tukar batery tu, nasib baik jugak dia tak datang problem tak boleh start kat mana-mana. Alhamdulillah.
*range km tinggal 9km. Berdebar ok! Hahahaha.


Ya, itulah kisah pengeluaran wang sebelum raya. Hahahaha.
Akhir kata, bye bye fulu$$$$$$$$$~

*#ootdSelipaqAdibas #hahahaha

No comments:

Post a Comment