Pre-Raya 2017 : Cari Baju Melayu murah dan berkualiti

Lepas tukar tayar dan batery tu, kitorang terus shoot ke KL.
Plan weekend tu nak settlekan cari baju melayu si Miki, sebab dah tak ada masa pon kan.
Plus, kitorang memang tiap-tiap tahun akan melawat Jalan TAR pada musim raya, padahal tak beli apa pon. Seronok tengok orang je. Hahaha.

Sebenarnya, dari tahun lepas kitorang dah aim baju melayu brand-brand yang ada kat AEON, macam John Master, Alain Delon, dan seangkatan dengannya.
Bagi aku kain ok, jahitan kemas je. Harga boleh dapat bawah RM150 macam tu.
So taun ni memang plan nak cari kat AEON je la.
Lepas settle tukar tayar tu, terus la ke AEON Quill Mall sebab situ memang tenang. Aku suka.
Cari punya cari, tak ada pulak colour hitam. Huahuahua.
Taun ni tak banyak pulak baju nya, colour choices pon sikit je.
Lepas tu Miki pon kuciwa la, knowing him yang agak kritikal kecewa if tak jumpa barang yang dia nak. Hover kan? Hahahaha.
*Quill Mall yang tenang. Hahaha.

So, dengan perasaan kecewa tu dia ajak gi KLCC je la jenjalan.
Sampai KLCC teringat pulak ada Parkson. Masuk je Parkson tengok ada la collection baju melayu brand-brand tu, ada pulak colour hitam dan kain yang selesa sangatt.
Tapi mula-mula Miki macam tak suka kain jenis cotton selesa tu, aku kata ok je la. Sedap kot cotton tu, mahalll ok cotton lembut tu.
Lepas tu terus keluar Parkson jalan-jalan balik. Iols tensen ok sebab taknak dengar pendapat iolss hahahha.
Lepas tu dia kata nak beli puleekkkk. Memang macam pompuan shopping dia ni, siap keluar kedai nak pikir dulu. Bahahaha.
So kitorang masuk balik Parkson, nasib baik ada size, kalo tak mau kecewa lagi pakcik tu. Hahaha.
Test-test dia suka. Kan aku dah kata kain sedapp sejuk jeeee. Hishhh.
Terus beli baju tu, dan siap ada dapat butang baju melayu dan hanger baju terus. Hahaha.

*Test baju hitam taun ni.

*Lepas beli terus ceria, kalo tak emo je membebell hahaha.

*Deco raya KLCC. Cunsss!

*Yes, nanti aku review Transformers ni.

*Lepas tu, time bukak puasa kat foodcourt saja, aku senang je makan nasik ayam. 


Lepas tu kitorang terus gerak gi Jalan TAR tengok orang ramai. Memang ramaiiii dan meriah!
Kat Jakel tak payah cakap la, happening gilaa. Hahaha.
*Sempat bayar zakat kat Jln Tar. 


Esoknya,
Ajak Miki gi KL jugak sebab nak beli border lace untuk bajuku yang tak glamor itu. Haha.
Tapi si Miki sempat ok singgah salon buat rambut raya! Melampau hover dia ni.
Aku peratii jeeee dia ni. Dah la mahalll, pastu nak sorok-sorok tak nak bagi aku tau harga. Grrrr.
*Hover dia niii. #lakisapani

No comments:

Post a Comment