Pengalaman join TGV Movieclub selama ini & review filem Wonder Woman

Dulu masa TGV baru ada movieclub tu, aku tak teringin nak join sebab kena bayar agak mahal. Punyala dorang bukak table & panggil-panggil untuk join. Untuk join kena sign up for RM30 ye setahun, renewal fee for next year is RM10 (as in their FAQ).
Lepas tu bila fikir balik join je la sebab rasanya kitorang ni macam kuat tengok wayang kt TGV je, lagi pulak dah tau ada promotion MybankCard tiket for only RM10 tu kan, lagi la kitorang selalu tengok movie.
So time tu aku sign up online je, lepas tu aku ambik card kat counter dorang.
Lepas sign up tu, dapat la benefit yang movieclub ni bagi. Boleh cek SINI. Best la jugak, dapat redeem movies freebies, birthday freebies. Kira berbaloi la untuk the first RM30 tu.
Then, boleh collect point dari beli tiket & beli makanan kat food beverage counter dorang tu. So setakat ni dah banyak jugak aku redeem tiket movie guna point aku tu. Hahaha.
Plus, hari tu aku dapat pulak complimentary card renewal, so tak payah bayar renewal fee RM10 tu, dorang bagi free saja untuk renew card. Okeyla kan.

Anyhooo,
Hari tu kitorang tengok Wonder Woman, so aku redeem la tiket free for my birthday (bulan ni besday iolsss! hewhew). So dapat la 2 tiket free & popcorn. Hahaha, jimat!

Yang bestnya, boleh redeem online jugak, tak payah gi counter. Just beli online tiket macam biasa kat website TGV, then sampai step select harga & kuantiti tiket tu, pilih je option redeem freebies tu. Mudah je.
TQ TGV! MUAHH!


Ok jom kita selami cerita pasal Wonder Woman ni pulak,
*Lawa betui poster dia yang ni, terus nak besaqkan size kat sini hehehe.

Synposis : Before she was Wonder Woman (Gal Gadot), she was Diana, princess of the Amazons, trained to be an unconquerable warrior. Raised on a sheltered island paradise, Diana meets an American pilot (Chris Pine) who tells her about the massive conflict that's raging in the outside world. Convinced that she can stop the threat, Diana leaves her home for the first time. Fighting alongside men in a war to end all wars, she finally discovers her full powers and true destiny.
\
*Disebabkan takdak gambaq tiket, kita letak gambaq screenshot ini ja. Hahaha.

My Words : Lepas kemunculan secara stailonya dia ni kat dalam Batman Vs Superman tu, memang tertunggu la cerita dia ni. Sejujurnya aku tak tau pon sejarah dia ni macam mana, aku layan DC comic tu just layan Superman je kot hahaha.
Awal-awal cerita dah diceritakan pasal kisah mitos Greek ni, pasal dewa Zeus, Aries, semua tu, malas aku nak taip. Haha.
Secara ringkasnya, minah nama Diana ni adalah dari kaum Amazon (kaum yang dicipta Zeus untuk jadi penjaga dunia dan elakkan peperangan di kalangan manusia akan datang, dan disorokkan dari dunia luar supaya tak terjumpa Aries). Diana ni dah dilatih jadi pahlawan la.
So one day, ada sorang perisik lari dari pihak Jerman dan telah mendarat kat pulau Amazon ni, so orang Jerman pon jumpa jugak tempat dorang dan pertempuran pon terjadi. Diana ni punya favourite jeneral tu mati dalam pertempuran tu, so dia pon berazam la untuk stop perang dunia tu yang dia percaya disebabkan oleh Aries tu. So dia ke dunia luar untuk cari dewa Aries tu.
Lepas tu ape terjadi? Korang kena tengok! Hahaha.
Anyway, jalan cerita ok. Ada la lawak sikit sebab Diana tu tak pernah tengok dunia luar khen...

My Rate : 7.5/10 (Best! Tapi kalau korang nak boikot sebab Gal Gadot, SILAKAN)

*Cantik la diaaa



Poster Transformers dah keluar, harus tengok ok!
*Tadah taik optimes prime ka? Kahkahkah #lakisapani


No comments:

Post a Comment