Kisah Ramadhan 2017

Sekejap je dah masuk minggu ke dua puasa. Setakat ni aku ok je lagi, eh sebelum ni pon ok je puasa. Sahur aku bangun pukul 4 masak untuk Miki je, selalu masak nasik goreng je, tak pun dia mintak nak makan Indomee goreng tu, tak pun dia bosan dia nak makan nescafe + nestum saja. Aku macam biasa tak biasa makan berat-berat time sahur, selalu minum susu coklat ataupun ribena je, dan biskut atau kismis. Wah kalau macam ni hari-hari mesti kurus. Kahh! Hari tu baru 4 hari puasa Miki kata dah tak lalu nak makan nasik, aku jadi risau je sebab dia kan hantu nasik, so dia mintak nak makan bihun goreng je. Risau wehs! Tapi nasib baik sehari je dia tak lalu, sebab lepas hari tu semangat je makan nasik kembali. Hahaha lagi-lagi aku pancing dia buat ikan bakar dengan ayaq asam favourite dia. Fuhhh~

Anyway, last week kitorang baru berpeluang shopping groceries. Pergi time malam lepas berbuka, kitorang ke Giant je pun. Memang kelam kabut la membeli, sebab takut Giant tutup. Hahaha. Dapat beli barang dalam 2 beg ikea sederhana tu je dah nak dekat RM300 ok, hebat betul harga sekarang ni. Padahal ambik barang basic je. Tapi rasa macam banyak jugak la, sebab sampai rumah jenuh Miki angkut, terus tumbuh muscle! Hahaha.
*Seronok dia beli barang dapor ek hehehehe
*Bergerak laju sampaikan camera tak dapat caputure hahaha


Owh, dan setakat ni kitorang berjaya tak ke Pasar Ramadhan, macam taun lepas jugak la. Memang berbuka kitorang makan nasik je, tu pon dah kenyang gila. Tak payah kuih-kuih dah. But, lepas ni kalau teringin mungkin akan pergi jugak, tapi kena berpada-pada membeli jangan membaziaqqq! Itu semua napsu je sebab perut lapaqq. Kann??

Ok, selemat berpuasa everyone! 

No comments:

Post a Comment