Balik Tepeng tengok Guardian of The Galaxy, hari tu pulak tengok Alien. Semua berkaitan angkasa lepas. Gitueww!

Hai, lama tak update. Aku perasan lepas yang minggu aku cuti tu agak kritikal la jugak kerja setiap hari datang secara tiba-tiba, kebanyakannya kena develope sistem pada masa yang singkat, fuhhhh! Bertabahlah. Tapi apa-apa pun nak update pasal filem yang dah tengok setakat ni.
Last week of April tu kitorang cuti seminggu, memang tak pegi mana just balik kampung saja. So 27hb April ajak adik-adik ipaq pergi tengok wayang beramai-ramai. First time tengok kat TGV Aeon Mall Taiping. Memang syiok la tak da orang hahahha.

Guardians of the Galaxy Vol 2
Synopsis : Peter Quill and his fellow Guardians are hired by a powerful alien race, the Sovereign, to protect their precious batteries from invaders. When it is discovered that Rocket has stolen the items they were sent to guard, the Sovereign dispatch their armada to search for vengeance. As the Guardians try to escape, the mystery of Peter's parentage is revealed.
My words : memang tertunggu la cerita ni, aku suka Star-lord yang hesem dan selamber hahahaha. Anyway, cerita kali ni lebih nak cerita pasal bapak si Peter tu la, bapak dia ada motif ok. Jalan cerita titpikal saja, dan boleh diagak. Aku ni memang senang nak agak jalan cerita sesuatu filem, entahlah - maybe aku punya kelebihan kot. So lepas tengok movie ada rasa biasa-biasa je movie tu. Kahkahkah. BUT, cerita kali ni masih ada unsur lawak, macam biasa la kan. Dan setiap watak kali ni lebih jelas character dorang tu, contohnya Drax - lawak dan happening je mamat ni sebenarnya. Ada jugak watak baru kali ni. Sountrack memang best sebab lagu-lagu lama tu. Layan gak laaa. Owh, lepas habis movie macam biasa ada post-credit scenes, ada 5 hokeyyyy!. So jangan keluar dari hall lagi!
My rate : 8/10 (bestttttttt)

*TGV Aeon Taiping warna merah pulak

*Amboi miki.... hahaha

*Poster ni lawa wehhhhh!!!!

*Lepas wayang kita pergi carik makan. Time ni nak beli popia basah tapi tutup la pulak, tengok mee combat pon tutup, terus makan mee mamak. Sodap jugak weh! Ni kat bawah bangunan larut, sapa orang tepeng tauuu laaaa
.
.
.
.
.


So last week, 13hb May - tengok cerita Alien Covenant pulak.

Synopsis : Bound for a remote planet on the far side of the galaxy, members (Katherine Waterston, Billy Crudup) of the colony ship Covenant discover what they think to be an uncharted paradise. While there, they meet David (Michael Fassbender), the synthetic survivor of the doomed Prometheus expedition. The mysterious world soon turns dark and dangerous when a hostile alien life-form forces the crew into a deadly fight for survival.
My words : Honestly aku rasa aku tak layan (or tak ingat penah tengok ke tak, hahaha) pon sequel yang dulu tu (filem Prometheus), tapi untuk cerita ni aku paham la jugak. Lepas 10 tahun crew Prometheus tu hilang, kali ni satu colony manusia  ada misi untuk buat colony baru kat satu planet. Tapi tiba-tiba kapal dorang rosak & kapten asal mati. So ada la kapten baru, nama dia Oram (Kahkahkah). Time tengah repair tu dorang dengar ada satu signal lagu lama. So dorang pegi la nak tengok if tempat/planet tu ok ke tak. So time sampai tu ada la yang kena parasit alien tu, memang menakutkan la jugak.
Dalam filem ni habis la dia kupas apa terjadi kat Dr Shaw (from filem Prometheus) tu, so bagi aku lepas dia jumpa si David tu aku rasa cerita ni dah bosan sikit, maybe sebab aku tak tengok previous film kot. BUT, macam biasa filem ni boleh dijangka, plot twist kat hujung pon aku dah boleh jangka (kan aku cakap aku terel bahahahha).
Tapi ada yang kata kejam je babak-babak dalam tu (filem ni rate strict for 18yrs above), tapi aku rasa biasa je (wah berlagak sangat ni!! hahahaha), ataupun sebenarnya ada babak yang kena potong dah ke sebab terlalu kejam? Hurmmm. Tunggu next sequel pulak macam mana.
My rate : 6.5/10 (hokeyylaaaa)

*Dia ni dah menggila makan dipper tu wehs. dah buat muka macam tu, kau rasaa? Memang dia makan sorang laaa taknak kongsi. Hahaha

*Lepas movie makan mekdi pulakss. Ishh!

No comments:

Post a Comment