Our Weekend : Movie review - Logan & Kong

Macam biasa kalau weekend kitorang akan ke panggung. Wah, sembang macam kaki wayang sangat kan, padahal tengok movie tertentu yang agak-agak best saja. Rasanya kalau kaki wayang sejati mesti tengok semua filem kot. Memang kopak la kite kalau macam tu. Hahaha.

Dua weekend lepas (5 Mac) tengok filem Logan. To be honest I'm not a Wolverine follower (betul ke aku eja tu? Haha malas nak google). Tapi nak tengok ni sebab ni last kan Si Jackman ni berlakon jadi Wolverine, plus tengok review orang kata best, plus si Miki dah lama aim this movie dan ajak aku. So iolsss follow je, tak kisah pon sebab RM10 je per ticket. Hahaha. ANYWAY, uolsss ni please la guna kelebihan di TGV dan promo Maybank Card tu yang dapat RM10/ticket from 12pm-6pm (if you plan to watch between this time la kan), sedih iolss tengok harga ticket yang sebenar. Mahal sangat tau, tu belum beli Popcorn lagi. Sobss. Tu belum bawak anak-anak lagi. Sobss.

Ok, back to my story - before tengok wayang macam biasa la makan dulu. Kitorang ni memang suka tak breakfast dan terus brunch sebelum tengok wayang. Makan sekali banyak punya, pelahap. Kalau sesiapa dah tau, aku ni peminat nasik ayam. Hahaha. Nasib baik dapat memujuk Miki untuk makan nasik ayam ter-feveret aku iaitu The Chicken Rice Shop ~ bukan sekadar nasik ayam *insert bunyi ayam jantan here* . Sedapnyaaaaaaaa.


SYNOPSIS: Logan is caring for an ailing Professor X in the near future while hiding out at the Mexican border. But when a young mutant arrives, chased by dark forces, Logan`s attempt to hide from the world and his legacy are shattered. (source - https://www.tgv.com.my/movies/logan-HO00006239)

My words : Alamak, cerita ni sedih sangat weh, hampir menitik air mata. Jalan cerita pon ok, paham la untuk aku yang bukan follower ni kan. Semua watak sangat best - Wolverine memang  macam tak nak enjoy life dah, dah taknak ambik tau pasal orang, Prof X pulak memang dah tak sihat dan dah tua sangat, dia macam nak menikmati saat-saat akhir kehidupan dia je. Si Laura pun best, terel. Watak-watak jahat pon menjadi je. Tapi part sedih tengok Logan la jaga betul Prof X macam ayah dia, pastu dah last-last tu sedih tengok Logan ngan Laura. Oke, tak nak jadi spoiler nanti ada orang marah. Hahhaha. Cerita ni rated 18+ oke sebab ganas, selamba je penggal kepala macam  tu. Haha. Dah habis cerita, kitorang pon gigih jugak tunggu credit time habis cerita tu tapi takdak ye, ramai gak yang tuggu time tu, ya la cerita Marvel kan.. Huhu.

My rate : 8.5/10. Best!

Lepas wayang kitorang makan lagi, mengopi pulakkk. Hahaha. Memang dasar kuat makan kan, lepas tu round lagi. Tempat fave kitorang adalah masuk kedai sukan walaupunnnnnn~ 
*Mengopi di Oldtown je pung. 

 
*Sempat mamat ni tau, padahal tak bersukan pon. Kahhh!




OK, Next!

*Paddlepop sangat laki aku ni. Hahahaha. 'I'm married, I'm married' katanya (tiru Vivy Yusof. Bahahaha)

Last weekend (11 Mac) pulak gi tengok citer Kong: Skull Island. Pasal King Kong gergasi tu la kan. macam biasa beli tiket RM10 di TGV. Hahaha. Owh time tu gi tengok kat Sunway Putra Mall. Aku suka betul gi situ sebab tak ramai sangat orang. Kitorang pernah stay kat Sunway Putra Hotel jugak - attach sekali ngan Mall tu. Nanti aku review hotel tu pulak k.

Hari kitorang pergi tu ada la audition berlakon DFKL tu, ada la Kak Ogy ngan Sheila Rusly tu, lawa oke Sheila Rusly, pelolessss sangattt. Ramai gak orang yang gigih nak jadi pelakon weh, bagus betul dorang ni. Kalau aku, lupakan je la, berdiri belakang pentas pon dah ketaq lutut. Kahkah. 
*Nescafe free kat event audition tu. Yasssss~ padahal bukan tengok pon orang audiotion, just melalui jalan area situ je pon hahaha.

SYNOPSIS: A team of explorers discover a treacherous and prehistoric island, where they encounter the gigantic King Kong. They soon realise Kong is not the only mysterious creature living on the island. (Source : https://www.tgv.com.my/movies/kong-skull-island-HO00006300)

My words : Cerita pasal sekumpulan orang yang nak kaji apa yang ada kat pulau ni, so jumpa la dorang ngan Kong raksasa besar tu. Tempat ni memang tempat raksasa besar weh, semua pon besar. Hahhaha. Dalam cerita ni ramai la yang mati, kenapa dorang mati? Sape yang bunuh? Kenapa Kong ganas begitu? Yang tu kena tengok sendiri ok. Nanti baru tau kenapa dengan Kong tu. Aku tak nak kasi spoiler la. Apa-apa pun, aku rasa cerita ni agak kureng la sebab aku tak rasa berdebar dan aku boleh agak apa yang akan terjadi. (Gitueww, ko bajet ko pakar menulis skrip ke ape? Hahahha). Yang tak boleh blah, ada pulak watak Samuel tu berdendam ngan Kong. I was like - Helloooo~ ko tu besar lubang hidung Kong je kot. Kong hembus hingus je ko boleh terpelanting dan mati kot. Hahhaha.

My rate : 6/10. So-so!


Lepas movie, rasa macam tak puas jalan. So tempat biasa kitorang adalah ke KLCC pulak. Paling suka sebab parking senang dan tak jem langsung. So, dinner kat situ je, dan window shopping se-round dua. Oh, i've been eyeing on this at Sephora,
*Tunggu bonus kita rembat. Sangat suka sebab compact, boleh bawak travel dan bau dia macam cokolat. I is loveee. 



Ok, tu je. Bye! :)

No comments:

Post a Comment