Jalan-jalan ke Selatan (Part 4) - Otw pulang pulak. Ayer Hitam - Port Dickson

Lambatnya nak habiskan cerita trip ke Selatan ni. Yang ni part last, nak menghabiskan cerita trip ni. Memang bercuti sakan kitorang ni, 4 malam duk lepak hotel. Tapi hotel murahss je la uolss, bukan bajet retiss hahahaha.

So kitorang check out dari Tune Hotel tu memang terus je la balik, malas nak jenjalan dan cari jalan kat JB tu, sebab malassss nak explore, malas nak bukak GPS untuk  kesana sini. Tempat orang kan, mana kite tau jalann. So terus ke Ayer Hitam shoping kerepek je la kita. Sebelum tu gi ronda Parit Raja tempat study dulu, huwaaaa, rindunya. Siap ronda lorong rumah sewa ngan jalan kat kampus UTHM tu. Serius rindu zaman study di pekan kecik tu hahaha. Lepas tu patah balik ke Ayer Hitam, terus gi kilang Calyton pinggan mangkuk tu kejap. Dapat la beli untuk rumah sendiri dan untuk Mak. Untuk Mak aku beli serving plate yang besar tu dua ketul, pastu bagi kat dia, dia kata apa pasai tak beli 4? Hahaha. Tak puas hati dia dapat 2 ketul je - mana ku tahuuuu. 
* Ronda -ronda jalan ke kampus. 

* Memang murah la pinggan sini, tapi tempat berhabuk sikit. Kena pandai pilih.

* Siap beli anak patung lagi sorang satu tu haha. Kerepek pon beli banyak. 

Dah penuh bonet kita terus ke Port Dickson. Tidur satu malam kat situ, dapat la mandi laut dan pool. Puasss hatiku. Aku dah book awal The Grand Beach Resort  kat Groupon, sebab situ murah. Sekali sampai tengok hotel ngan lobby memang besar la, tapi bilik agak tak best sangat sebab barang dalam bilik macam lama punya. Tapi bilik besar. Bolehlah, asalkan tepi laut boleh mandi. Pantai situ bersih sebab private beach la kot, orang pon tak ramai. Rata-rata orang mandi situ stay kat hotel tepi pantai tu. Petang tu kitorang ronda Teluk Kemang orang punya ramai lepas tu macam dah kotor sikit, dah la air tengah naik time tu, pantai pon tak nampak dah. Hahaha sadiss. 
*Suasana biliknya, dan permandangan.

* Inilah keadaan di Teluk Kemang petang tu. Hahaha.

* Suasana petang kat Grand Beach Resort. Ramai duk berendam, nasib baik pool besar.

* Mamat ni pon hoverrr k, siap suh ambik gambaq dia pose majalah mangga. Tapi taknak bukak baju sebab perut comel sangat. Kahkahkah.

Esok pagi breakfast kat hotel, sebab stay include breakfast kan. Makanan best la jugak, aku makan dua round, semua aku try. Hahahha. Lepas makan terus terjun laut, mandi di pesisiran pantai je pon. Lepas tu sambung masuk pool pulak. Berendam lagiii. 



Lepas check out terus menuju balik, sambil tu singgah jugak ke Mitsui Outlet. First time datang situ, biasa je pon tak da yang menarik. Last-last datang situ macam datang untuk makan je. Hahaha.
* Nampak macam menarik kan nasik tu tapi sebenarnya biasa je. Saja letak sini sebab lawaaa hahaha.


Ok, dah tamat cerita ke Selatan. Ada duit, or kawan kahwin boleh la pegi lagi. Nampaknya ada lagi 2 orang kawan dari Johor tak kahwin lagi ni, so InshaAllah lagi dua kali akan ke Selatan lagi. Hihihi.

No comments:

Post a Comment