Jalan-jalan ke Selatan (Part 3) - Universal Studio Singapore

Wah, sambungan terus ke Selatan nampaknya. Hahahaha. 11 Dec 2016 - Pagi-pagi kitorang dah bangun, semangat! Lepas tu gi turun bawah ke office Oddsy Travel yang bawak orang ke USS tu (office bawah je bangunan Tune Hotel tu jugak), tengok-tengok dah full katanya, tapi tak putus asa tunggu gak if ada kosong dalam bus. Dan akhirnya ada jugak ye, hampir kecewa disitu, tapi nasib baik ada rezeki. Nak pergi sendiri naik kereta ataupun naik bas tak reti - plus mahal jugak untuk parking, so naik bus tour je terus dia bawak ke USS pergi dan balik. Senang! Memang ramai naik bus kat situ. Parking situ pon banyak. Recommended!

Sampai Kastam Malaysia semua kena turun la untuk cek passport. Kitorang guna autogate tu untuk elakkan beratur, last-last mesin tu rosak. Sabar je laa. Kena jugak beratur, terus kitorang paling last masuk bas. Semua pandang slack je. Hahahaha. Owh, bas tu kita naik bas yang sama, so kena hafal no plat dan muka uncle driver bas ok. Later, kena turun untuk cek kat Kastam Singapore pulak, kat sini memang kena bersabar je la sebab beratur panjang dan lambat sangatttt sangatttttttt. Lepas settle, terus turun dan naik bas kita balik. Senang je. 

Sampai USS dalam pukul 10:30 pagi, terus ambik tiket dan masuk. Kat gate check ticket tak kena pulak check bag, punya la aku sorok roti ngan air dalam bag. Kalau tau baik aku bawak nasik lemak je. Hahahaha. Masuk je USS tu -- Wahh, mata bersinar-sinar je, lawa sangat nih! Hahaha. So 1st thing aku pergi adalah masuk toilet, bahahhaha! Sebelum membuang kena tadah air dulu, pepaham je la kannn. Hahaha. Owh, jangan lupa ambik map jugak ye, sangat berguna.
*Wah muka ceria sangat nih. Hahahahaha.

*Hover sangat baca map tu sampai menutupi muka. Hahaha.

*Cantiklaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

Kitorang decide nak naik ride yang simple-simple je dulu, so kita ke kiri menuju ke Madagascar - then terus je jalan setiap theme zone - Far Far Away, The Lost World, Ancient Egypt, Sci-FI, New York dan lepas tu jumpa balik zone Hollywood dan terus ke pintu keluar masuk park tu. Main semua ride kena beratur la, kat setiap ride ada la waiting time dorang letak kat situ. Sangat sistematik. Kalau malas nak beratur, beli je express pass, kitorang tak kaya so tak payah beli, sila belajar bersabar duduk dalam barisan hahahaha. Kitorang hari tu ride yang sesuai untuk bebudak pon kitorang naik. Best je, boleh rileks-rileks. Bagi aku ride paling best adalah Transformers The Ride la, memang kasi pening kepala naik tu. Miki siap jerit, tangan tu siap nak tangkap bullet lagi (ride 4D ke 5D ke 6D ntah, so gambar tu macam real ada part bullet betul-betul nak kena kau. Hebat!). Hahhahaahhaha jakun!
*Far Far Away Kingdom. Yang kanan tu rumah Shrek. Dah petang baru dia ada kat depan rumah tangkap gambaq dengan peminat. Kelasssss!

*Sape kata orang gemok takleh lompat? 

*Cantik sangatttttt nihhhhh!

*Time kitorang pegi ni tak panas sangat. Oke laaa.

*Puss in Boots Giant Journey. Siot la ride ni aku ingat ke bodoh-bodoh je, sekali ambik kau rasa nak maki. Tapi maki lite-lite je la, tak tahap extreme sangat. Nora bagi 3 Bintang!

*Haii babyyyyy. -tetiba- hahahaha.

Bab makan pulak ada la kedai yang halal, kena mencari la ye, tak pon google je ada orang share. Hari tu kitorang makan kat Oasis Spice Cafe, area Zone Ancient Egypt. Ada jual set nasi arab la macam tu, dalam SGD15/set. So kalau nak berbelanja dalam ni tak payah la nak convert ke RM, nanti jadi senak perut (tapi terpaksa makan sebab lapaq weh!) hahahaha. Yang si Miki ni pulak - aku suh dia beli set makan je, air kita minum air kosong saja. ntah macam mana dia terpengaruh dengan orang kaunter tu suh add on air letak dalam bekas tinggi tu, (tinggi ok bekas tu), huaaaaa dah berapa Dolar pulak tu, pastu memandai je dia kata free refill, pastu kitorang try la refill sebelum keluar restoran tu, rupanya kena tambah SGD6 macam tu. Haremmm! Habis duit. Memang kena korek telinga la Miki ni, dia memang selalu salah dengar info. Sabo je laaa. Tapi nasib baik air dia sedappppp! 
*Dia ni memang laaaaa. Last-last gelak dengan kebodohan diri sendiri. Bhahahahaha!

*Ada time character keluar untuk tangkap gambar, so kena rajin check time bila. Kitorang malas beratur nak tangkap gambar so kitorang selfie je, sekali Bumblebee perasan daaa dan dia pon photobomb terus. Steady la, siap joget-joget lagi. Hahahaha. 

Each of the ride, akan ada merchandise store sendiri, so speciality akan jual barang-barang theme zone tu la. Kalau berkenan dan banyak Dolar nya boleh la terus beli kan. Kitorang ritu minat kat barang Transformers je, so borong terus fridge magnet untuk fridge sendiri dan fridge keluarga serta rakan-rakan. 
*Kira bajet ke bang? Hahaha. 

Lepas puas main kitorang jalan-jalan je mengisi masa, dan lepak tengok orang. Lepas tu beli la cookies 6 ketul kecik SGD3 untuk habiskan duit je. Kitorang tukar SGD100 je, cukup je untuk dua orang - untuk makan, minum, souvenir. Tapi kalau bawak budak please expect more k, pepaham je la kan, kompem bebudak nak memacam kat dalam gift shop tu, semua pon comel-comel wehhhh. Aku ni bersabar je tengok benda cute-cute tu. Fuhh.

*Ride paling cute adalah ride Sasame Street ni. Dah macam bebudak je rasa naik ni. Haha.

*Keluar ride je masuk kedai ni - Aiyoo, cute sangat ni! Geram je - nasib baik duit dah habis kalau takkk......... 


*Kitorang pakai sandle je sebab tau ada ride yang akan basah. Tak ingat nama ride tu, tapi memang best la.. Owh, sila bawak poncho baju hujan tu jugak. Murah sikit kalau bawak siap-siap kan.

So dalam kul 6:30 dah keluar dan naik bas yang sama tunggu kat parking. Then bas gerak, sampai kastam Singapore ngan Malaysia sama je kena cek passport. Kali ni kitorang jalan laju-laju sebab nak settle dan masuk bas awal. Dah macam dalam Amazing Race dah aku rasa, hahaha. Selamat sampai Hotel je terus pergi cari makan, punya la lapaqq. Miki kata, nak makan apa kat Malaysia ni makan jaa laaa sebab RM murahhhhh! Bahahhahahaha. 


*Sign off! Babai USS. Ada duit InshaAllah boleh datang lagi 



Next! bersambung ke entri seterusnya.

No comments:

Post a Comment