Our weekend : Cerita Arrivals (alien sotong) & Patriots Day.

Hello belog,
weekend lepas sempat tengok dua movie. Sabtu 14Jan tu pegi Mid Valley, lama betul tak tengok kat GSC situ. Hari tu tengok citer Arrival. Beli dua tiket untuk 2 orang kena RM33, mahalnyaaaaaa.
Synopsis :
When mysterious alien crafts land across the globe, an elite team assembles to investigate the situation, including language expert Louise Banks, who is recruited by the military to help determine whether the extraterrestrials come in peace or they pose a threat to humanity.


Citer pasal elien datang bumi, then dorang nak communicate tanya elien tu datang sini buat apaaa? Last-last tak dak apa pon, dorang park space ship dorang je kat bumi hahahaha. Walaupon begitu, cerita ni sangatlah mendebarkan sebab nak tau apa sebabnya dorang datang, macam mana nak communicate, elien tu rupa macam mana, and so on. Cerita ni sangat deep sebenarnya, ada la mesej dia sampaikan tapi aku tak cukup deep macam kokpeng nak memahami segalanya. Hahahha.
Aku bagi 3.5/5 bintang.

*Sejak berwajah baru GSC sini memang lawa dan best la. 

Lepas movie, kita jalan-jalan saja. Nak shoping tak dak pe yang nak dibeli. Miki je beli bedak dan ubat ketiak M&S. Amboi amboi. Bek beli bedak kutikura je, mengada sangat. 
*Cantik betulll. Happy Chinese New Year.

Lepas tu carik kudap-kudap kat foodcourt AEON bawah tu. Haruslah carik Takotao. Miki macam biasa kudapan dia tetap nasik oke. Hahahaha. Pastu, balik rumah singgah kedai makan area rumah dia tibai Nasik lauk kari ikan pulak. Dasar raksasa betul. Hahahaha. 

.
.
.
Next,

Ahad pulak pegi Aeon je tengok kat TGV cerita Patriots Day. Guna Maybank card dua ticket RM20 saja. Jimatttt. Cerita ni nak tengok sebab based on true story, and also sebab Mark Wahlberg. Hihiii.
Synopsis :
An account of Boston Police Commissioner Ed Davis's actions in the events leading up to the 2013 Boston Marathon bombing and the aftermath, which includes the city-wide manhunt to find the terrorists behind it.


Cerita ni sedih sikit la pasal mangsa bom tu semua. Serius, dah la sadis je tengok yang cedera bergelimpangan siap kaki hancur, berdarah tu semua. Gilalah. Cerita ni lebih pada cerita lepas dari kejadian tu, how they investigate and cari the bombers. Dah jumpa tu siap bertembakan dan baling-baling bom lagi. Gila betull. Berdebar okkk tengok citer ni. (aku ni semua cerita pon berdebar. Hahhaha). Boleh baca tragedi ni kat wiki ni - 
Dorang memang buat citer ni macam real betulla. Aku kasi 4/5 bintang. Thumbs up!

Ems : Kenapa tak tau pasal cerita ni? Tahun 2013 ni kan.
Miki : Kita busy kawen ni, kan ke taun kawen tu. 
Ems : Yalaaaa, patutlaa kan. Hahahha.  (padahal jarang tengok berita. Hihi)

* lunch dulu sebelum wayang. Nasi Beriyani tak sedap. Hahaha.

*Habis wayang terus masuk aeon beli barang dapur then tapau Pizza Hut RM5 bawak balik. 


Ok tu je, setel weekend 14-15 January.
Bye.

Jalan-jalan ke Selatan (Part 1) - Melaka dulu




Bercuti di Melaka.

Tak ada la bercuti sangat pon, just macam tempat menyinggah sebelum ke Batu Pahat kenduri Aishah the bestfriend. Akhirnya kawen juga dia, tumpang happyyy. Hehe.

So, kendurinya 10hb dec - Sabtu. Jumaat tu kitorang decide lepak Melaka saja la. Pagi lepas breakfast terus gerak ke Melaka. Konon nak jenjalan la, padahal tak da plan pon nak kemana. Lagipun nak jalan mana sangat pon area Bandar Hilir tu, pusing-pusing tempat sama ja. Hahaha.

Sebelum sampai Melaka, google dulu restoren asam pedas famous, sebelum ni penah makan yang kat restoren kuih kampung tu kat ujung pasir ke pe ntah nama, kali ni nak try yang lain lak. Yang si Miki ni siot sikit la, nak pegi tempat yang sama je, aku kata la kite try yang lain pulak, terus buat muka tak puas hati hahaha. Aku paksa jugak. Sampai area situ terus ke Restoren Selera Kampung, area dekat dengan Menara Taming Sari, seberang jalan tu je yang deret kedai tu. Memang ramai orang, femes la tu kan. Nasib baik berdua je so kite selit-selit je tumpang meja orang. Haha.

Style kat sini, kita carik meja dulu then bolehlah ambik lauk dan nasik. Lauk-lauk dorang dah cedok letak dalam pinggan, so kita ambik je la nak lauk mana bawak ke meja. Nanti lepas tu ada pekerja datang kira. Ok la macam tu kan, tempat pon macam bersih je.
So, hari tu lauk yang Miki ambik - asam pedas sorang satu, kupang goreng ape ntah dan ulam aku ambik. Nasik semestinya tiga (ke empat?? Hahahha memang dasar dinosorrr). Aku tak paham apasal dia gi ambik kupang tu, aku jeling meja sebelah orang ambik udang besor, kecik besor je mata aku tengok Miki, ingat nak ambik tapi takut mahal la pulak lagipun macam dah banyak je lauk ni, pikir balik nanti lain kali kita try udang besor. Haha.
Bagi aku memang sedap la, kuahnya rasa asam pedass (memang la kannn? hahaha.) Boleh laaa.. Laki aku dah suka pulakk, dia kata dah ketagih. Gila! Tu la tadi taknak kannn. Sekali dia makan asam pedas sampai hirup kuah. Hover sangat ni, laki sapa ntah. Hahahaha. Untuk lauk yang di makan tadi kena dalam RM38 kot. 


Lepas makan kitorang jalan-jalan je la sebelum kita check in. Tak beli ape pon, jalan snap gambar je pon. Paling banyak gambar Miki la sebab aku yang suka snap gambar, dia pemalas oke. Memang dalam fon aku penuh gambar dia, kalo dia nak upload kat IG je mesti gedik-gedik mintak aku share bagi gambar dia. Pfffft.
* Suka betul dengan bangunan-bangunan merah ni. 

*OMG laki sapaniiii Hoverr nauuu.




Oke, check in time!! Aku search hotel murah dan area Jonker sebab nak jalan situ malam tu. So book je kat Expedia murah, RM86.40 - 906 Riverside Hotel. Nanti dia mintak deposit RM50 (akan refund after checkout) dan RM2 untuk tax by the city. Tak ambik pulak gambar bilik sebab bilik biasa je, tapi ok la dan toilet bersih.
*hotel tepi sungai, nama pon riverside.

Then malam mula la gerak ke Jonker street melalui lorong-lorong kedai tu. Agak seram jugak sebenarnya. Tengah jalan tu jumpa kedai hipster, terus la kita masuk sebab lapaq. Hahahaha. 
*Cafe nama Noah. Miki makan nasik arab chicken grill ke pe nama ntah, aku makan Chicken grill. Sodapppp.

Lepas tu masuk je pasar malam Jonker tu jalan-jalan je la tengok ape yang dijual. Tak menarik minat sangat la, pastu Miki macam biasa la kalau nampak makanan ca-ya-nun-alif pelik-pelik mula la dia pon hampir nak muntah. Hhahahhahha.

Aku : Apeni jalan tolak-tolak orang suh jalan laju ni? Nak termuntah la tu, ntah pape je dia ni.
Miki : Mana deeee (muka nak muntah)
Aku : Hahahahaha tak mencabar langsung dia ni, macam bebudak Hahhahaha.

Jalan sampai hujung jonker, masuk ke jalan utama tu, budak nak muntah tadi ajak naik beca pulakkk dah. Pastu pilih la abang yang muda sikit untuk bawak kitorang yang gedabak ni, kang pakcik yang bawak kang aku tengok kesian pulak. Dah la time nak duduk tu memang sempit gila oke, kahkahkah. Dah dua-dua pon besaq kan, main sumbat je la. Sampai kawan abang beca tu tengok siap offer nak seperate kan kitorang, tapi memang taknak la, kitorang nak berdua-duaan naik beca walaupunnn padattt sangatttt Hahhahahaha. Abang yang bawak kitorang tu nampak bersusah payah kayuh oke. Miki kata nampak la peluh jantan abang tu mengayuh bawak kita ni. Hahahahah Rasakan. Berbaloi la bang bayar RM25, pusing dekat je pon.
Yes, tu je la. Lepas tu balik hotel kena masuk balik area Jonker tu jalan laju-laju. Siap suh Miki jangan duk tengok-tengok orang jual tu. Kang tak pasal  terus muntah kang, malu iolsss. Hahaha.

Sampai hotel terus tidoq. Esok nak bangun pagi gerak kenduri. Sambung nanti -

Our weekend : The Great Wall - ok laaa

Aktiviti weekend kitorg masih berterusan dengan melepak di mall dan tengok wayang je la. Pastu balik dari mall, masing-masing tengok kat apps berapa km berjalan hari tu, haha. At least boleh jugak la bakar kalori kan walaupun hadap jugak makan sedap-sedap. Tak guna jugak konsepnya. Hahaha.

Anyway, movie pertama tengok di tahun 2017 adalah The Great Wall. Kitorang start dari tahun lepas dah selalu tengok kat TGV sebab boleh guna Maybank Card beli tiket hanya RM10/ticket sahaja. Tapi hanya untuk movie dari jam 12tghari - 6ptg je. Ok la kan jimat sangat, kalau tak mahallll. Berkira kan aku, sebab aku suka makan popcorn, so boleh cover duit popcorn dah kat situ. Laki aku lak suka hotdog tu, dah la mahal, pastu dia akan makan sebelum movie start sebab dia kata taknak ganggu konsentrasi, gituuu.




SYNOPSIS: Set in the 15th century, the film follows soldiers who are in search of gunpowder and come across the Great Wall of China as it is being constructed by the Chinese. The soldiers then discover that the huge wall is not only built to keep the Mongolians from invading, but also to keep out supernatural creatures.


Raksasa tu memang menakutkan la, dah laa ramaiiiii gilaaaa. Haha, geli tengok. Sapa-sapa yang minat mat demon ni boleh la gi tengok, agak kertu dah dia pon kan hahaha. Bagi aku cerita dia best la jugak walaupun misi dorang just nak hapuskan raksasa tu je, tapi banyak jugak la action yang menarik. Bolehlaaaa.


Makan lunch 2 pinggan nasik dulu
yess, makan hotdog dulu walaupun baru pas lunch. dasar raksasa hahaha.







Ok baiii 

Hellooo...

Hello belog! Lama tak update. Hahaha. Pemalas sangat nih!
Rasanya nak selalu update la lepas ni. Akan cover balik cerita-cerita tahun yang lepas, select yang best je la.
Ok tak? (konon tanya pembaca, padahal takdak sapa pon baca belog ni. hahaha lawak)

But - we'll see.. Adakah ini hanya impian dan harapan semata-mata? Kahkah.

Anyway,
Happy New Year 2017.
Alhamdulillah masih bernafas.
Semoga yang baik-baik saja untuk kita di masa depan.
InshaAllah.

*Nah selpi tuan belog seketol. Hahahahahahahha.