Review filem Transformers The Last Knight yang hambar

Yes, raya kedua (26/6) sempat bawak adik-adik ipaq pergi tengok Transformers : The Last Knight.
Gigih tak? Sebab dah lama tunggu movie ni.


Kalau siapa yang ambik tau pasal movie ni, kali ni punya Transformers film memang kena kutuk la.
Rating orang bagi teruk kot.
Teruk sangat ke?
Jom tengok synopsis dulu, nanti aku hurai pendapat aku pulak. (WAHHHH! Hahahaha)

Synopsis : Humans are at war with the Transformers, and Optimus Prime is gone. The key to saving the future lies buried in the secrets of the past and the hidden history of Transformers on Earth. Now, it's up to the unlikely alliance of inventor Cade Yeager, Bumblebee, an English lord and an Oxford professor to save the world.

My Words : Kali ni start cerita keluar King Arthur yang mintak tolong kat Pahlawan Cybertron yang lari ke bumi. So dia dapat tongkat sakti yang boleh panggil naga Dragonstorm dan boleh tolong dorang menang dalam perang manusia tu.
Then, cerita sambung yang berlaku pada masa hadapan di mana semua Transformer diburu oleh TRF. Code Yeager ngn Autobots pulak tau pasal tongkat sakti tu, dan dorang ngan Decepticons pon berebut la carik.
Pada masa sama si Optimus tu pegi jumpa dorang punya 'god/pencipta' iaitu Quintessa (yang cipta tongkat tu jugak) dan Optimus pun telah dipukau untuk lawan Autobots! Hahaha. Robot pon boleh dipukau uolss!
Lepas tu korang tengok je la apa jadi.
Terus terang aku tak paham sangat cerita ni. Cerita sangat mengelirukan, tambah-tambah lagi aku tak boleh bagi tumpuan sebab ada family bangang bulls*** belakang kitorang yang bising gila!! BISING ok! Anak dia punya bising, menangis la, dan bapak dia pon bising. B*** betul! Sh**!!!! Kang aku tegur kang maunya dia tumbuk muka aku lak kang, hahaha.
OK sambung,
ada jugak babak  yang best, tapi ada jugak yang tak menjadi. Dah la watak manusia berlambak, robot berlawan pun tak syok sangat. Tapi ada la jugak scene yang mendebarkan.
Entahlah, pelik la cerita Transformers kali ni (Maybe jugak sebab termasuk sekali emosi aku yang menahan untuk memaki family bul^&#!t belakang aku tu? Entahlah!)
TAPI, kalau kau tengok rating kat IMDb pon teruk weh, so nampaknya memang rata-rata bagi review negatif pasal filem ni. Ada peminat tegar Transformers kecewa kot. Siap tak recommend orang gi tengok pon, bahahaha!

My Rate : 6/10 sahaja


Lepas movie, pergi makan KFC! Nasib baik sedap boleh mengubat hati yang lara ini hahahaha.

Raya 2017 : Raya yang simple. Yeay!


SELAMAT HARI RAYA 

:)




Baru ada masa nak update pasal raya!

Tahun ni turn raya di Bagan Serai rumah Miki.
Aku suka raya sana sebab ramai.
Dah kata ramai, mestilah meriah kan.
Lagi pulak tak penat sangat sebab ramai adik-adik perempuan tolong basuh pinggan jugak. Hahaha Keji tak? Sebab kalau aku kat Taiping memang aku sorang je la kat dapur. (Nasib adik beradik sikit macam ni la, tambahan pulak aku sorang pompuan. Duhhhh)
*Tiap-tiap taun dia ni buat perangai ambik gambo pose pelik. Yang ni dapat banyak like pulak hahahaha.


So, pagi raya tu tengok Miki & adik beradik lelaki dia je la bersiap gi solat raya.
Lepas dorang habis solat, kitorang baru la start sesi bermaafan.
Memang meriah sebab ramai, kecoh pulak tu. Hahaha.
Aku macam biasa tukang ambik gambo.

Dah settle bermaafan dalam rumah, terus keluar kat laman tangkap gambar.
Aku jugaklah yang setting camera semua. Hebat kan? Hahaha.
Ok laa, ada la jugak gambaq ramai-ramai kali ni.
Alhamdulillah.

*Gambaq candid jugak yang best! 

*Team raya Bagan! Hahaha.


Lepas tu pergi beraya rumah saudara kat sebelah rumah je, tu je pon.
And saudara mara pun ramai datang rumah.

Simple je raya kitorang, best dan tak penat!
I loikkkeee!


p/s : Semoga raya tahun ni lebih bermakna. Ikhlaskan hati memaafkan. Aamiin.

Pre-Raya 2017 : Balik ke kampung dan jem musim raya itu biasa. Bahahaha!

Kitorang balik raya hari Jumaat (23/6) tu pagi-pagi dalam pukul 8 kot.
Memang dah agak akan ada jem jugak di tempat yang biasa kat highway tu, nak buat macam mana, redah je la kannn.
Jem tu la yang bagi suasana raya tu. (Padahal tekanan! Bahahaha)

Sampai exit Taiping dalam pukul 12 lebih kot, dan terus balik Bagan jap hantar kek. Kalo tak hantar takut kek rosak pulak, tak pon bersemut.
Lepas tu lepas solat Jumaat patah balik Taiping, tapi gi singgah Bank dulu si Miki nak tukar kad. Dah last minit baru nak tukar kannnn. Ishh. Nasib baik bank takdak orang. Cepat je.

Dah settle semua terus gi balik umah mak kiteeee.
Ada pulak hari tu budak-budak bertiga tu kat rumah, meriah betul.
*Harraz double chin don't care.

Malam tu dah rasa nak raya, aku dah start potong daging untuk masak esoknya, sebab esoknya nak masak daging pedas hitam bawak balik Bagan jugak. Fuhh, berkilo-kilo jugak la potongnya.
Miki ngan Adik settlekan kemas rumah, letak carpet semua. Kesian adik kalo tak tolong memang dia sorang je la settlekan hal rumah. Begitulah nasib kami adik beradik yang sikit, hahaha.
*Lepas main mercun pop tu memang aku amukan la suruh sapu balik. Padan muka. Hahaha.


Esoknya, 24/6 adalah birthday aku! Kena pulak last puasa taun ni. Hewhew.
Tak ada yang spesel pon, biasa je rasa.
Miki tak romantik ok, tak ada nya nak surprise ke apa. Hahaha.
Tapi tak kisah pun, lagi bagus sebab aku tak suka surprise! Nanti sakit jantung! (Yeke? Hahaha)

Settle masak, terus gerak balik Bagan petang tu.
Sebelum balik tanya mak - "Mak tak rasa apa-apa ke hari ni, rasa perut geli-geli ke.."
Mak cakap "kenapa pulakk hang ni?"
Aku cakap "harini besday ema laa hahahahha."
Mak cakap "Laaaa, patut la rasa macam lain jaa, Mak pon duk diam ja tadi.. Hahaha, selamat hari jadi la yee"

"Ok Makkk, tenkiuuu"

Hahahaha. Kitorang memang family pelik. Tak pernah wish ke, beli kek ke.
Tak kisahlah, asalkan bahagia tak kacau orang kan.
Hahahahaha.

Balik Bagan terus gi kedai RM2 pulak beli pelita. Teringin nak pasang pelita kat rumah kampung.
Malam tu kitorang main bunga api!
Syok!

*Petang tu dah start install pelita. (Kau ingat install software ke? Hahaha)


*Excited budak-budak ni! :)





Yeayyy! Esok Rayaaaa!



Pre-Raya 2017 : Cari Baju Melayu murah dan berkualiti

Lepas tukar tayar dan batery tu, kitorang terus shoot ke KL.
Plan weekend tu nak settlekan cari baju melayu si Miki, sebab dah tak ada masa pon kan.
Plus, kitorang memang tiap-tiap tahun akan melawat Jalan TAR pada musim raya, padahal tak beli apa pon. Seronok tengok orang je. Hahaha.

Sebenarnya, dari tahun lepas kitorang dah aim baju melayu brand-brand yang ada kat AEON, macam John Master, Alain Delon, dan seangkatan dengannya.
Bagi aku kain ok, jahitan kemas je. Harga boleh dapat bawah RM150 macam tu.
So taun ni memang plan nak cari kat AEON je la.
Lepas settle tukar tayar tu, terus la ke AEON Quill Mall sebab situ memang tenang. Aku suka.
Cari punya cari, tak ada pulak colour hitam. Huahuahua.
Taun ni tak banyak pulak baju nya, colour choices pon sikit je.
Lepas tu Miki pon kuciwa la, knowing him yang agak kritikal kecewa if tak jumpa barang yang dia nak. Hover kan? Hahahaha.
*Quill Mall yang tenang. Hahaha.

So, dengan perasaan kecewa tu dia ajak gi KLCC je la jenjalan.
Sampai KLCC teringat pulak ada Parkson. Masuk je Parkson tengok ada la collection baju melayu brand-brand tu, ada pulak colour hitam dan kain yang selesa sangatt.
Tapi mula-mula Miki macam tak suka kain jenis cotton selesa tu, aku kata ok je la. Sedap kot cotton tu, mahalll ok cotton lembut tu.
Lepas tu terus keluar Parkson jalan-jalan balik. Iols tensen ok sebab taknak dengar pendapat iolss hahahha.
Lepas tu dia kata nak beli puleekkkk. Memang macam pompuan shopping dia ni, siap keluar kedai nak pikir dulu. Bahahaha.
So kitorang masuk balik Parkson, nasib baik ada size, kalo tak mau kecewa lagi pakcik tu. Hahaha.
Test-test dia suka. Kan aku dah kata kain sedapp sejuk jeeee. Hishhh.
Terus beli baju tu, dan siap ada dapat butang baju melayu dan hanger baju terus. Hahaha.

*Test baju hitam taun ni.

*Lepas beli terus ceria, kalo tak emo je membebell hahaha.

*Deco raya KLCC. Cunsss!

*Yes, nanti aku review Transformers ni.

*Lepas tu, time bukak puasa kat foodcourt saja, aku senang je makan nasik ayam. 


Lepas tu kitorang terus gerak gi Jalan TAR tengok orang ramai. Memang ramaiiii dan meriah!
Kat Jakel tak payah cakap la, happening gilaa. Hahaha.
*Sempat bayar zakat kat Jln Tar. 


Esoknya,
Ajak Miki gi KL jugak sebab nak beli border lace untuk bajuku yang tak glamor itu. Haha.
Tapi si Miki sempat ok singgah salon buat rambut raya! Melampau hover dia ni.
Aku peratii jeeee dia ni. Dah la mahalll, pastu nak sorok-sorok tak nak bagi aku tau harga. Grrrr.
*Hover dia niii. #lakisapani

Pre-raya 2017 : Tukaq tayar botak & tukaq bateri kong yang sebabkan meter minyak menggila. Hahaha.

Raya tahun ni rasanya raya yang paling banyak menggunakan wang (banyak la untuk aku ni rakyat marhein) untuk kereta kecil kesayangan aku tu. Nasib baik pakai kereta biasa je buatan Malaysia, kalau takkkk lagii banyakkkk laaa meleburrrrrr~ Hahahaha.
Alhamdulillah, ada kereta tu pon dah bersyukur, boleh bawak Mak, Mak Pak Mertua, adik-beradik, ipar duai, anak-anak buah. Alhamdulillah.

Disebabkan raya kali ni macam banyak aktiviti kat kampung nanti, so kitorang fikir untuk tukar tayar yang hampir nak botak tu.
So, ke kedai tayarlah kita seminggu sebelum balik kampung.

Tapi,

Sebelum beberapa hari nak tukar tayar tu, meter fuel kereta aku tu tunjukkan masalah yang entah apa-apa.
Start satu pagi tu lepas isi minyak dia punya meter tak naik sangat seperti biasa. Lepas tu berlarutan la beberapa hari meter tu tak betul. Kejap turun, kejap naik. Hahahaha.
Sampaikan ada satu tahap tu fuel range meter tu sampai bawah 10km. Kau rasa? Tak ke berdebar ke time bawak kereta? Hahahaha.

Makanya, kitorang tukar tayar brand yang murah je hari tu. Jadilah asalkan ada tayar untuk berputar.

Lepas settle tayar tu terus ke Perodua Service Center suruh cek meter pulak.
Masalah meter fuel tu - rupanya batery adalah kong ok! Nasib baik bukan sebab lain.
Memang dah lama tak tukar batery tu, nasib baik jugak dia tak datang problem tak boleh start kat mana-mana. Alhamdulillah.
*range km tinggal 9km. Berdebar ok! Hahahaha.


Ya, itulah kisah pengeluaran wang sebelum raya. Hahahaha.
Akhir kata, bye bye fulu$$$$$$$$$~

*#ootdSelipaqAdibas #hahahaha

Balik berpuasa di kampung & Review filem The Mummy 2017!

Last week, Khamis 8hb kitorang balik kampung, saja la balik bukak puasa dengan family walaupun hakikatnya tak lama lagi je akan balik raya pulak. Ya Allah, puasa kat kampung memang mencabar oke! Dengan panasnya, punyala dahaga! Dah macam duduk kat padang pasiaq. Hahaha.
Tapi yang bestnya kat Bazar ada jual air sedap! Tengah famous air Teh Tarik Cincau, ishhhh sedapnyaaa! Terasa lagi. Kalau bagi aku sebungkus RM5 henget tu boleh habiskan sorang kot (iolss peminat teh ais! Hahahaha)


Tapi jangan tak tau, weekend tu sempat jugak kitorang ni curik masa gi tengok filem The Mummy. Hehehe. Sanggup kannnn.

Synopsis : Nick Morton is a soldier of fortune who plunders ancient sites for timeless artifacts and sells them to the highest bidder. When Nick and his partner come under attack in the Middle East, the ensuing battle accidentally unearths Ahmanet, a betrayed Egyptian princess who was entombed under the desert for thousands of years. With her powers constantly evolving, Morton must now stop the resurrected monster as she embarks on a furious rampage through the streets of London.
My Words : Zaman cerita Mummy time Brandon Frasier dulu tu aku dah tak ingat oke! (Memang dasar pelupa Hahahahah) Tapi kali ni The Mummy 2017, hero pon dah tukar pulak bagi kat Tom Kuruss. Tapi background cerita dia lain, cerita kali ni terjadi pada zaman kini! Kat London lagiii tuu. 
Cerita pasal si Nick Morten yang seorang tentera dan bertugas di Iraq, tapi dia jugak kerja cari dan rompak artifak lama dan juai kat black market.
So, dia ngan kawan dia terjumpa satu tapak Mesir purba berpandukan peta yang dia curi dari pompuan archaeologist nama Jenny. So Jenny ni marah la, tapi dorang bertiga turun jugak dan jumpa satu kubur yang ada keranda firaun Ahmanet ni, tapi tenggelam dalam kolam mercury dipercayai untuk kurangkan kuasa mistik minah firaun tu.
Sebab masa dah suntuk, dorang keluarkan keranda tu dan bawak naik pesawat tentera, tapi on the way tu terjadi benda yang pelik, ada burung banyak langgar dan pesawat tu terhempas. Patutnya Nick tu mati sebab tak sempat keluar, tapi dia adalah masih hidup yee! Hahaha. Dia dah kena curse la, Ahmanet tu nakkan dia. Amboi nak yang hensem sajaaaa! Bahahaha.
Nak tau cerita seterusnya, boleh gi tengok!

Walaupun begitu, aku rasa cerita dia tipikal saja, cerita pasal firaun yang dihidupkan oleh manusia, dan firaun tu nak kuasai bumi ini. Tapi ending macam lain sikit la, ada twist sikit, maybe ada sequel lagi.

My Rate : 6.5/10. Best jugaaa



Sambung cerita balik Taiping,
malam tu Bazar Raya Taiping dah start penjual bukak gerai. Tapi kitorang jalan je tengok orang. Haha. Lepas tu gi singgah Bazar Cross Street (sebelah MPT tu), happening jugak la situ, memang tempat lepak orang ramai. Dulu masa baru bukak tak dak orang pon, sadis je tengok. Pandai gak la dorang promot & naiktaraf tempat ni jadi tempat riadah pada malam weekend.
Kitorang tak beli apa pon, tapi makanan beli la. Hahahhaha.
*Kat Bazar raya Taiping

*Boleh la naik jeep & naik kasut roda. Hahaha. @ Bazar Cross Street

*Carik makanannnnn. 

*Amboi diaaa! minum air jagung sedap! Hahaha.





Ok tu je, bye!
*Alololooo dia tu masam jeeee. Heheheh.

Pengalaman join TGV Movieclub selama ini & review filem Wonder Woman

Dulu masa TGV baru ada movieclub tu, aku tak teringin nak join sebab kena bayar agak mahal. Punyala dorang bukak table & panggil-panggil untuk join. Untuk join kena sign up for RM30 ye setahun, renewal fee for next year is RM10 (as in their FAQ).
Lepas tu bila fikir balik join je la sebab rasanya kitorang ni macam kuat tengok wayang kt TGV je, lagi pulak dah tau ada promotion MybankCard tiket for only RM10 tu kan, lagi la kitorang selalu tengok movie.
So time tu aku sign up online je, lepas tu aku ambik card kat counter dorang.
Lepas sign up tu, dapat la benefit yang movieclub ni bagi. Boleh cek SINI. Best la jugak, dapat redeem movies freebies, birthday freebies. Kira berbaloi la untuk the first RM30 tu.
Then, boleh collect point dari beli tiket & beli makanan kat food beverage counter dorang tu. So setakat ni dah banyak jugak aku redeem tiket movie guna point aku tu. Hahaha.
Plus, hari tu aku dapat pulak complimentary card renewal, so tak payah bayar renewal fee RM10 tu, dorang bagi free saja untuk renew card. Okeyla kan.

Anyhooo,
Hari tu kitorang tengok Wonder Woman, so aku redeem la tiket free for my birthday (bulan ni besday iolsss! hewhew). So dapat la 2 tiket free & popcorn. Hahaha, jimat!

Yang bestnya, boleh redeem online jugak, tak payah gi counter. Just beli online tiket macam biasa kat website TGV, then sampai step select harga & kuantiti tiket tu, pilih je option redeem freebies tu. Mudah je.
TQ TGV! MUAHH!


Ok jom kita selami cerita pasal Wonder Woman ni pulak,
*Lawa betui poster dia yang ni, terus nak besaqkan size kat sini hehehe.

Synposis : Before she was Wonder Woman (Gal Gadot), she was Diana, princess of the Amazons, trained to be an unconquerable warrior. Raised on a sheltered island paradise, Diana meets an American pilot (Chris Pine) who tells her about the massive conflict that's raging in the outside world. Convinced that she can stop the threat, Diana leaves her home for the first time. Fighting alongside men in a war to end all wars, she finally discovers her full powers and true destiny.
\
*Disebabkan takdak gambaq tiket, kita letak gambaq screenshot ini ja. Hahaha.

My Words : Lepas kemunculan secara stailonya dia ni kat dalam Batman Vs Superman tu, memang tertunggu la cerita dia ni. Sejujurnya aku tak tau pon sejarah dia ni macam mana, aku layan DC comic tu just layan Superman je kot hahaha.
Awal-awal cerita dah diceritakan pasal kisah mitos Greek ni, pasal dewa Zeus, Aries, semua tu, malas aku nak taip. Haha.
Secara ringkasnya, minah nama Diana ni adalah dari kaum Amazon (kaum yang dicipta Zeus untuk jadi penjaga dunia dan elakkan peperangan di kalangan manusia akan datang, dan disorokkan dari dunia luar supaya tak terjumpa Aries). Diana ni dah dilatih jadi pahlawan la.
So one day, ada sorang perisik lari dari pihak Jerman dan telah mendarat kat pulau Amazon ni, so orang Jerman pon jumpa jugak tempat dorang dan pertempuran pon terjadi. Diana ni punya favourite jeneral tu mati dalam pertempuran tu, so dia pon berazam la untuk stop perang dunia tu yang dia percaya disebabkan oleh Aries tu. So dia ke dunia luar untuk cari dewa Aries tu.
Lepas tu ape terjadi? Korang kena tengok! Hahaha.
Anyway, jalan cerita ok. Ada la lawak sikit sebab Diana tu tak pernah tengok dunia luar khen...

My Rate : 7.5/10 (Best! Tapi kalau korang nak boikot sebab Gal Gadot, SILAKAN)

*Cantik la diaaa



Poster Transformers dah keluar, harus tengok ok!
*Tadah taik optimes prime ka? Kahkahkah #lakisapani