UPSR aku dulu

Semalam dah keluar result UPSR. Tahniah adik-adik yang dapat result best tu. Tapi kena ingat ni baru permulaan ok. Kalau yang result best kena terus berusaha cemerlang lagi untuk sekolah menengah pulak, yang result tak best pon kena berusaha la. Panjang lagi perjalanan tu. Naik sekolah menengah lagi mencabar, bukan setakat cabaran kena tukar dari tulis guna pensel time sekolah rendah ke guna pen kat sekolah menengah je yeee.. 

Hehe, aku rasa tukar ke tulis guna pen tu memang mencabar la time naik sekolah menengah. Hahaha, aku kan perfectionist dalam tulisan aku sendiri. Kalau typo guna pen mula la kalut nak padam, pastu stress nk guna pemadam pen ke liquid. Lepas tu tak kemas dah, lagi stress! Hahahaha. Bongoknya.

Aku selalu dengar rintihan kakak-kakak opis aku pasal cabaran mendidik anak sekarang ni, sebab persaingan sengit sangat. Kalau kau rasa anak kau dah pandai, tapi sebenarnya ada yang lagi pandai. Lagi-lagi kat sekolah bandar ni. Tak payah nak ukur result anak dengan kedudukan dia dalam kelas je, kita tengok markah exam dorang pon ok kot, asalkan ada kemajuan kan. Jangan bagi dorang stress. (Wah sembang macam dah ada anak kan? Haha).

Memang lain betul dengan zaman aku dulu, dulu aku ingat lagi pergi ambik result UPSR dengan kawan-kawan, pergi sekolah lepas tu tengok result tampal kat papan kenyataan. Yang busybody tu habis semua result orang lain pun dia hafal. Haha. Sampai naik juling carik nama sendiri kat list result. Time aku tu tahun 1997, kitorang batch 1st start 5 subject yang tambah sains. Tapi tak dak pun nak stress belajar, layan je. Darjah 4 tu dah start belajar sains, teruja jugak la dapat tanam bijik kacang jadi togeh. Haha.

Yang aku ingat, aku tuisyen darjah 6 je, tu pun seminggu 2 ke 3 kali entah. Tu pun mak aku yang paksa. Tuisyen kat rumah kawan aku, mak dia cikgu and kawan baik mak aku jugak. Tuisyen time malam, syok jugak tuisyen ngan cikgu tu, ada la kitorang dalam 8 orang duk study kat meja makan je. Hehe. Kitorang panggil cikgu tu aunty, semua subjek dia ajar dan paham gila laaa. Aku ingat kalau aku tak tuisyen situ mesti result aku teruk. Alhamdulillah aku dapat 4A1B, dan B adalah English. Haha bodoh je padahal layan lagu BSB. Member tuisyen pun ramai 4A1B tapi dorang B kat sains. Lepas ambik result pegi jalan-jalan rumah aunty dulu, padahal patutnya balik rumah bagi tau kat mak dulu la kan? Haha. Aunty terkejut aku dapat B english, dia kata aku pelik sebab semua orang B kat sains. 
Lepas tu baru balik rumah, tak ingat lak reaksi mak aku camne, rasanya dia peluk aku dan menagis kot. Hahaha. Ayah aku tak payah la, dia tak pernah tunjuk perasaan bangga ke pe, dia rileks je. Tau-tau dia senyap-senyap bagi hadiah. Dapat la aku basikal mountain bike untuk dibawa ke sekolah menengah nanti. Hebat betul rasa time tu. Hahahaha. 
Adalah jugak apply sekolah asrama penuh time tu tapi tak dapat, last-last dapat offer aliran agama je kat sekolah menengah dekat rumah, Ok la kan, jangan tak tau aku dapat A untuk Arab time PMR. Hahaha bangga!

Eh, tiba-tiba throwback pulakk. :p

Tapi memang best betul rasa time sekolah dulu-dulu kan, memang seronok la walaupun jadual penuh je. Pagi sekolah, petang sekolah agama pulak, lepas balik sekolah agama sempat main petang pulak, malam gi mengaji ramai-ramai, tak pun tuisyen. Tak payah mintak nak main gadget pon, bahagia je rasa time tu. Rindunyaaa.


No comments:

Post a Comment