Roasted Chicken gaul-perap-bakar!

Wah, rajin pulak letak-letak gambar masakan kat belog yeee. Hehe. Ntah la, tetiba rasa macam nak letak gambar ape yang aku masak, ingat nak selalu letak kat insta, tapi macam tak menarik je. Kalau letak sini senang sikit nak refer (konon!)

Weekend hari tu laki ku request tak nak makan nasik lunch, sebab pagi dah makan nasik lemak. So dia kata apa-apa la tak kisah asalkan bukan nasik. Tiba-tiba aku teringat masakan paling senang adalah roasted chicken. Just gaul-gaul then perap sekejap (kalau perap lama lagi sedap!) then terus masuk dalam oven dan bakar!

Bahan utama, dah tentunya ayam la kan? Aku beli sebelah, tak ambik bahagian yang banyak isi pun sebab tak suka. Tulang la sedap kan?

Yang ni bahan perap, aku guna sos bbq Life, mix herbs, black paper, steak seasoning, hahaha pelik tak bahan-bahan aku? Actually, aku main tabur je apa yang ada kat umah tu. Sebenarnya ko letak apa-apa pun tak pe je, kompem sedap jugak asalkan ada rasa.

Lepas tabur, sila perap seberapa lama. Aku perap dalam 3 ke 4 jam je.

Potong kentang (kalau nak sekali kulit pun best jugak), dan carrot. Nak letak benda lain pun boleh, aku nak letak brokoli, tapi last-last aku decide stim kan brokoli je sebab nak rangup-rangup. Kalau nak letak bendi pon apa salahnya. Haha. Lepas tu selit-selit kat ayam tu. Letak sket olive oil. Lepas tu bakaq dalam oven, ikut oven sendiri la, agak-agak 45 minit ke atas la kot. Aku tak set sangat pon, agak-agak nak bagi garing, biar lama la sikit dalam oven tu.


Tadaaa!!
Garing sungguh! Hahahaha. Tapi sedappp.

Ni plate aku, haha. Ni first round ok, Untuk second round terus berebut ngan laki aku nak habiskan ayam. Memang dasar gumuk.
Kohkohkoh!

No comments:

Post a Comment