Raya 2015

(Sebenarnya entry ni dah dikepam dalam draft. Hehehe. Sila baca konon masih mood raya hokeh!)

Selamat Hari Raya!
Lambatnya wish, hehe. Hari ni dah Syawal ke...? Cepatnya lah masa berlalu. Kalau bulan Syawal ni aku teringat birthday aku la dalam bulan Syawal, tu pon aku cek guna converter ke tahun hijrah 5 Syawal 1405, (boleh korang convert birthdate korang kat sini - http://www.oriold.uzh.ch/static/hegira.html). Mak aku tak pernah lak bagi tau aku lahir time hari raya. Mak aku pon tak pulak letak nama aku Syawalina ke pe kan? Hihi.

Anywaysss,
raya aku tahun ni simple je pun, tak ada yang menarik. Raya hari tu kan jatuh hari Jumaat, so lepas keje Rabu malam dah terus gerak balik Taiping. Alhamdulillah jalan tak jem pon. Tapi sampai rumah Tepeng tak ada letrik pulak. Terus kitorang keluar tengah malam tu pegi Bazaar Raya depan The Store Taiping. Happening jugak! Tapi aku tak de beli apa-apa pun. Jalan-jalan tengok orang ramai je.

Esok pulak balik Batu Kurau sebab nak buat lemang. Kitorang memang kampung kat sana, sebab atuk semua dah meninggal so balik sana mesti berkampung dekat rumah Makcik aku. Syok betul balik kampung, lakiku yang jarang buat-buat kerja nak sambut raya ni memang kena paksa tolong bakar lemang. Padan muka, perasan sangat budak bandar padahal duduk rumah kampung juge. Kuikui.
*Hovver okeh mamat ni, rasa nak cubittt je

Lepas settle bakar lemang, terus shoot balik Bagan Serai. Tahun ni giliran lakiku. Aku kalau balik Bagan memang tak buat kerja sangat la, sebab adik beradik ramai, aku nak selit tolong buat apa2 pon tak tau macam mana, hihi (padahal memang dasar pemalas kan? haha). Nasib baik mak mertua iolss sempoi je, kalau tak memang dah kena lahar. Hahaha.
*Bunga api malam raya


Jumaat - Hari Raya!
Pagi raya kitorang kumpul ramai-ramai lepas solat raya. Salam-salam dan bergambar. Seronok betul sebab ramai, kalau famili aku sedih je sebab famili kecik, hahaha. Famili laki aku ni ramai, pastu dah la semua pon jenis kecoh-kecoh, tapi paling kecoh kompem la laki aku kan.. Lepas tu pegi beraya rumah dekat-dekat situ lepas tu settle. Petang tu baru balik rumah Taiping nak beraya ngan mak pulak.
*Ramai kan? Ni belum cukup korum lg ni. Hehe.Tengok kitorang tu je yg hover. Haha


Tu je pun raya aku. Simple sangat.
Dan terimalah selfie raya serta lompatan raya daripada kami.


Owh raya kedua ritu sempat juga ke rumah bestfriend kite, cik Jz ku sayang. Muahhh! Ok bai.