Coretan Ramadhan

Oh my, baru ku sedar hari ni dah 8 Ramadhan, dah 8 hari la puasa kan. Sangat laju betul jarum jam berputar. Tambah-tambah lagi aku ni jenis tak suka tengok kalendar, kadang-kadang hari ni hari apa, berapa haribulan pun aku tak tau. 

Anyway, selamat berpuasa untuk semua.

Puasa aku tahun ni sangatlah sederhana, kitorang duduk berdua je kan kat rumah, aku masak nasik macam biasa je, masak satu dua lauk, dah siap! Senang, kenyang pon kenyang sampai tersadai. Haha. Kitorang sampai hari ni tak jejak lagi kaki kat pasar ramadhan. Hebat pulak aku rasa, memang duit jimat sangat. Bukan tak nak pegi, tapi pemalas la nak keluar rumah petang-petang kalau weekend, kalau weekdays lak lepas balik kerja dalam hati memang ada niat nak singgah, tapi sampai kat area pasar terus pecut balik rumah. Malassss, malas nak carik parking pun ye jugak. Hihi. Tapi ok la kan, jimat banyaaakkkkkkk (walaupun dalam hati teringin jugak kuih-kuih femes bulan romdhan tuuu hukhuk).

Okeylah, stop kat sini. Nanti free nak update banyak stories pergi jenjalan. Asyik malas je kan. Haipp!

K Bye.

1 comment: