Free Size

Semalam aku pegi pasar pagi. Nak carik udang, teringin makan sambal petai. Hehe. 
Lepas tu jenjalan la pegi tengok-tengok tempat orang jual baju. Pastu aku belek-belek la baju, tak cantik pun, kain murah, corak makcik kampung, saja tengok-tengok kalau ada lagi yang menarik dan murah. Tiba-tiba,

Penjual lelaki : Kak, yang tu RM25.
Aku : Owhhh.
Penjual lelaki : Tapi free size je, kita tak ambik saiz besar-besar, kalau akak pakai ni fit jadi baju ni. 
Aku : owhhh, oke.


Dan aku pun mula nak beredar dari kedai tu.

Penjual lelaki : Sori kak ek, terbanyak mulut pulak.


Dalam hati aku,
"Okey, aku gumuks. Hahaha. Tak heran pun tapi aku tak tanya apa-apa lagi ko dah cakap macam tu kat customer? Cuba kalau customer ko jenis cepat sentap? Cuba kalau customer ko sebenarnya memang nak beli untuk orang KURUS? Kan ko dah rugi"


p/s : Dorang ni kena ada strategi la. Kena pergi kelas keusahawanan lagi tu, extend lagi 2 semester. Hihi.

*Sape cakap aku gumuks tadi? Flying kick sekali kang baru tauuu

No comments:

Post a Comment