Basikal baru dan berebut lah korang

Adik aku kalau cuti sem, dia memang akan balik Taiping lah kan. So kalau dia kat sana memang dia akan jadi tukang update hal budak-budak comel dan banyak akal tu (anak buah aku tu la, 2 orang tu). Hehe.

*Dorang ni memang jenis kerumun macam ni kalau acu dia balik Taiping.

Tengok tu Neno punya ganas, sampai mata telinga semua lebam. Memang ganas la dia tu, pelik sikit perangai. Anak no 2 biasa la kan. (macam aku la kot pelik sikit. Hihi)


Hari tu adik aku BBM gambar dorang main basikal. Mak aku belikan basikal kat Amani sebab minah tu asyik la duk tanya 'bila opah nak beli basikal kat Aniiii?'. Potpet kan?

Mak aku cerita, memang berebut la dua budak potpet tu. Basikal dah la satu kan, tapi patutnya minah kecik tu tak sesuai pun main basikal Amani tu, tapi dia tetaplah nak berebut jugak ngan kakaknya. Padahal dah ada basikal sendiri, yang ada kartun-kartun tu lagi menarik kot. Tapi dia memang dengki ngan kakak dia, kalau berebut kompem kakak dia yang lemah-lembut tu nangis, si Neno tu memang boleh tahan ganas jugaklah. Hahaha. Lawak je tengok.


*Ni kalau acu dia ada memang aktiviti tengok Frozen sampai lebam. Haha. Tengok bontot pon dah geram ni. Rindulaaaaaa.


Ya Allah, rindu betul kat bebudak ni. Harap korang ni membesar dengan baik, solehah, pandai dalam pelajaran, baik akhlak, Aamiin.

No comments:

Post a Comment